Saturday, January 02, 2021

Penyanyi Melayu raih 170 juta tontonan dalam TikTok

 

Single Gulf of Alaska yang menjadi siulan peminat di China diinspirasikan menerusi pengalaman cinta Firdhaus Farmizi. - Foto IG Firdhaus Farmizi

KUALA LUMPUR: Penyanyi baharu, Firdhaus Farmizi, 22, mencipta sejarah apabila single nyanyian dan ciptaannya berjudul Gulf of Alaska tular menerusi aplikasi TikTok China, Douyin dengan meraih 170 juta tontonan.

Malah, salah satu lirik video yang dimuat naik dalam YouTube mencapai 1.5 juta tontonan. Single Gulf of Alaska yang dimuatkan dalam album EP, The Letter dilancarkan pada awal November lalu. Selain single berkenaan, EP berkenaan turut memuatkan tiga single ciptaannya sendiri.

Penyanyi baharu, Firdhaus Farmizi berketurunan Melayu, namun fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin. - Foto IG Firdhaus Farmizi

Firdhaus berkata, dia takjub dan tidak menyangka bakat kecil yang dipupuk sejak berusia 12 tahun itu begitu dihargai.

Katanya, kemampuannya bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin menjadi kelebihan buatnya untuk melakar kejayaan di negara tambah untuknya melakar kejayaan di negara Tembok Besar itu.

"Secara jujur, saya tidak sangka single Gulf of Alaska boleh tular di China. Awalnya, lagu ini belum disedari ketika saya memuat naik dalam Instagram, Mac lalu. Bagaimanapun, momentumnya meledak tidak lama kemudian.

"Tak disangka, peminat muzik di China mula menyanyi dengan menggunakan aplikasi TikTok Douyin. Daripada situ, ramai mula mengikuti perkembangan saya di IG. Alhamdulillah, peminat di Malaysia juga sudah mula menyedari kehadiran saya," katanya yang mula mendalami bahasa Mandarin sejak tadika hingga sekolah menengah.

Jejaka kelahiran Kulai, Johor itu percaya, lagu Gulf of Alaska mudah diterima kerana penyampaiannya lebih bersahaja dan 'straight forward'.

"Lagu ini diinspirasikan menerusi pengalaman cinta. Ia mengenai seorang wanita yang pernah saya cintai, suatu masa dahulu. Ia seperti sepucuk surat yang memuatkan luahan isi hati saya buatnya.

"Saya pernah melihat gambar dalam laman Facebook yang kelihatan seperti mencantumkan laut antara dua negara. Imaginasi saya, dua laut simbolik kepada dua jiwa yang tak dapat bersama.

"Saya percaya lagu ini diminati kerana ia mudah difahami, selain emosi saya sampai. Saya harap lebih ramai pendengar, tak kira bangsa boleh menghayati karya dan muzik saya," katanya kepada BH Online.

Anak tunggal dalam keluarga itu berkata, dia kini bernaung di bawah naungan syarikat rakaman Malaysia, Loolala Music.

"Syarikat rakaman merancang membawa saya ke China untuk melebarkan sayap perjuangan. Bagaimanapun, situasi pandemik COVID-19 membataskan untuk merentas negara. Kami kena tunggu wabak ini reda terlebih dahulu," katanya.

Firdhaus berkata, dia berharap dapat menghasilkan lagu bahasa Melayu pada masa akan datang.

"Ada peminat minta saya menterjemahkan single lagu Gulf of Alaska dalam versi bahasa Melayu. Jika ada kesempatan, saya juga mahu merealisasikan perkara ini atau muncul dengan single bahasa Melayu

"Saya meminati Yuna dan Faizal Tahir kerana berbakat sebagai komposer dan penyanyi. Ada peluang saya juga mahu bekerjasama dengan dua penyanyi hebat ini," katanya yang menjadikan Jay Chou sebagai inspirasi.

Pagi tadi, buat kali pertama Firdhaus diundang sebagai tetamu program bual bicara, Malaysia Hari Ini di TV3 yang dikendalikan Ahmad Fedtri Yahya.

IHtv

1 comment:

Hakikat Syariat said...

Semakin besar puak2 politikus bermain politik dlm melihat isu ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails