Thursday, December 31, 2020

Tolong jawab ini.. Dr Kamarul Zaman pun tak mampu jawab?

 

Kenapa konsep Rahmatan lil ‘alamin PAN gagal?

PENOLAKAN usul ‘kepimpinan individu Islam di semua peringkat (dalam PAN)’ menyebabkan beberapa rakan saya bertanya apakah PAN sebuah parti Islam atau tidak.

Dari segi nama, PAN, nama penuhnya ‘Parti Amanah Negara’ dan nama Inggeris-nya ‘National Integrity Party;, tidak ada istilah ‘Islam’ di dalamnya, tidak seperti PAS.

Begitupun, dua daripada enam ‘dasar dan tujuan’ PAN ada istilah ‘Islam’ di dalamnya, iaitu:
(1) ‘Memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan.’
(2) ‘Mendirikan sebuah negara dan masyarakat Madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Li Al-‘Aalameen)’.

Masa sama, mengikut Perlembagaan PAN, keahlian PAN adalah ‘terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau jantina’.

Perlembagaan PAN juga menyebut tiap-tiap ahli, tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau jantina, ada hak ‘memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti’.

Dengan konsep ‘Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Li Al-‘Aalameen)’ dan dengan keahlian PAN yang ‘terbuka kepada semua rakyat Malaysia’ ini tentulah ada pihak yang menjangkakan PAN akan mampu menarik tokoh-tokoh bukan-Islam menyertainya dan akan menobatkan tokoh-tokoh bukan-Islam sebagai pemimpinnya.

Malangnya, penelitian ke atas pemilihan PAN pada Konvensyen Nasional PAN di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam pada 6-8 Disember 2019 menunjukkan kedua-dua perkara ini tidak berlaku kerana PAN tidak mampu menarik tokoh-tokoh bukan-Islam menyertainya dan tidak menobatkan tokoh-tokoh bukan-Islam sebagai pemimpinnya.

Daripada 87 calon Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional yang layak bertanding dalam pemilihan PAN ini hanya 5 nama individu bukan-Islam yang ada, iaitu:
(1) Lakshmanan A/L Subramonian.
(2) Dato’ Suresh Rao Seithana.
(3) Nali Raja A/L R Sengodan.
(4) Richard Wong.
(5) Hu Pang Chaw.

Daripada 5 individu bukan-Islam yang bertanding dalam pemilihan PAN ini, hanya 1 individu sahaja yang agak dikenali kerana beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS satu waktu dahulu, iaitu Hu Pang Chaw. 

Tetapi kesiannya Hu Pang Chaw juga kalah, dan selain Hu Pang Chaw semua individu bukan-Islam lain yang bertanding ‘hilang wang deposit’ di mana:
(1) Lakshmanan A/L Subramonian hanya mendapat 25 undi.
(2) Dato’ Suresh Rao Seithana hanya mendapat 26 undi.
(3) Nali Raja A/L R Sengodan hanya mendapat 26 undi.
(4) Richard Wong hanya mendapat 27 undi.

Ini sekali gus menimbulkan pertanyaan: Mengapa konsep ‘Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Li Al-‘Aalameen)’ yang diperjuangkan oleh PAN gagal menarik tokoh-tokoh bukan-Islam menyertainya dan gagal dipraktikkan dalam pemilihan PAN? Siapa boleh bantu jawab pertanyaan ini?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 28/12/2020

IHtv

20 comments:

Anonymous said...

Ooo..ni prof kangkung yg tercirit ms jumpa tun dlu..hehehe.
Nape prof ni membisu pasal kes daging halal palsu sm judi cabutan bertuah zaman pas/pn??

Anonymous said...

Apa yg islam dlm p@s.kita marah bila extrimist hindu di india atau extrimist budda in burma tapi kita tak sedar diri sendiri.bila dah katak dlm tempurung tu bagi istana pun
Masih lagi katak dlm tempurung

Anonymous said...

Mari sini nak tolong jawab, parti pimpinan erdogan di Turki tidakpun meletakkan Islam pada nama partinya tetapi Erdogan mengutamakan Nilai Islam dalam pentadbirannya. PAS meletakkan Islam Sebagai nama parti malangnya PAS nengabaikan Nilai Islam antaranya PAS membenarkan pimpinannya berbohong contoh NiK Abduh, PAS Juga bersekongkol dengan parti yang mengamalkan diskriminasi sesama Islam Dan sesama bangsa iaitu UMNO.. dah jelas lagi bersuluh

Unknown said...

Ooo baru aku tahu dalam islam langsung tak boleh berbohong haram qatei'(eh kau paham tak maksud qatei ni he.he) dengan musuh pun tak boleh boleh, dlm strategi perang pun tak boleh bohong, apa lagi kalau bini nak bunuh diri sebab dengar cerita kita kawin lagi.....

Semua kena cakap jujur, memilih mudarat yg kecil untuk mengelak mudarat besar yg disebut ulamak tu semua tak boleh pakai... Kah. Kah. Kah... Gitu lah pemikiran orang yg baca fatehah pun tunggang langgang tapi ada hajat nak kata ulamak tak betul

Unknown said...

Yelah, aku ada dengar kisah sirah dalam perang ahzab, sorang sahabat masuk islam waktu perang bermula, orang kapir quraiysh pun tak tahu dia masuk islam, sahabat ni pi jumpa ketua bani Yahudi dia kelentong kununnya begini begini, kemudian dia pi pulak jumpa ketua kaum quraisy dia kelentong pulak begini begini, sampai hampir berkelahi sesama pasukan ahzab dan hilang kepercayaan sesama mereka. .. Kalau ikut paham an puak tolol penyokong PH ni, kira salahlah perbuatan sahabat nabi tu... 😅

Zul said...

PAS sepatutnya PIS,barulah Parti Islam Semalaysis

Anonymous said...

walaun...setakat kau dgr je...kambing aku pun bole dgr

Anonymous said...

Keluar Fatwa ikut sukahati kau...

Anonymous said...

kau org menipu ..lps dpt jawatan x nmpk pun nk perjuangkn Islam...yg jd bodoh walaun..

Unknown said...

He. He. Jawapan tahap kelas tadika corot kah. kah. kah

Unknown said...

Tak payah layanlah bang, buang masa je layan budak bodoh tunggangan atok lim ngan julutong ni

Anonymous said...

Hehe..bila walaun menuduh fatehah org lain x betul. Fatehah dia je btl..
Payah org gini. Bodoh melampau2. Pandai tu mmg xde la..

Anonymous said...

Ko dgr dari lebai mana sirah perang ahzab tu? Meh bg nama lebai tu. Aku nk gi tnya sendiri.

Anonymous said...

Tak salah pun guna Islam. Macam pkr guna keadilan, tapi tak adil pun. Tak adil pun bila guna terowong belakang. Pan pula guna amanah. Tapi langsung tak amanah bergabung dengan kafir untuk menyerang Islam.

Unknown said...

Pilah baca sirah nabi bongok
. . Itu pun aku nak bagi tau ke? Tulah puja sangat lagi kapir... Kau ingat aku berani reka reka ke kisah/hadis nabi

Anonymous said...

Unknown 3.31. Memula ko bgtau ko dgr pasal sirah tu. Pastu bila anon 3.09 tnya ko dgr dr sapa ko suruh dia gi baca plk.
Ko dah sasau ni. Teruk sgt ko dah biol. Bawa2 la berubat. Mcm dah x lama je..

X mustahil ko saja reka kisah tu. Sapa tau ko mmg dah murtad.

Unknown said...

Lawak betul engkau ni, itu gaya aku menulis je untuk bagi kau faham dan fikir, kau cubalah baca sirah apa peranan sahabat nabi Nuaim bin masu'd yg masuk islam ketika perang ahzab tahun 5 hijrah tu, apa dia kata dekat abu sufian ketua tentera musyrik mekah, kata dia dekat huyai ketua bani Yahudi qainuka.... Kau ingat aku reka reka ke kisah ni, ingat aku berani ke berbohong atas sirah nabi, nak mampus bolehlah.. Tulah lain kali belajar, jangan bodoh sombong.

Mungkin kau percaya dengan cerita atok lim je sebab tu bodoh dan melawan ulamak

Unknown said...

Fatwa natang amenda, bila masa pulak aku beri fatwa, aku pun tak layak bagi fatwa... Kau carilah, pi belajar, pi berguru... Belajar hukum fiqh, ada berbagai bab, bab bersuci, jenayat, berniaga, bermasyarakat... Nanti kau jumpa lah bab hukum, termasuk bab berbohong yang di haruskah malah mungkin wajib berbohong contoh untuk menyelamatkan nyawa

Anonymous said...

Prof. Kangkong seperti resmi kangkong.
Pucuk megah menjulang langit akar dalam longkang

Unknown said...

Cincai leaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails