Tuesday, November 10, 2009

Kesihatan Nik Aziz: Terjaga Dengan Mulut Penuh Darah


Mstar Online: Selasa November 10, 2009, Saya terjaga dengan mulut dipenuhi darah - Nik Aziz

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila terjaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.

Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.

"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.

"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.

"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur. (MA)

3 comments:

Kuda Perang said...

Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz, mudah-mudahan kerja buat dan perjuangan beliau masih dapat diteruskan lagi bagi membela agama mu dan menyebarkan agama mu di bumi Malaysia ini Ya Allah..amin.

armouris said...

info tentang serangan jantung kat sini - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

Anonymous said...

KEHENDAK ALLAH JUA.MENGINSAFKAN KITA SEMUA.SEMUA YANG BERLAKU DALAM PENGETAHUAN ALLAH.HAMBA DI DUNIA INI KERDIL DAN MASIH JAHIL TIDAK DAPAT MENGESAN APA GERANGAN SAKIT TERSEBUT WALAU TELAH MEMASUKKAN SESUATU PADA KERONGKONG PESAKIT TERSEBUT.YA ALLAH TAMBAHKAN LAGI ILMU PADA UMAT AKHIR ZAMAN INI SUPAYA KAMI BERTAKWA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails