Tuesday, November 10, 2009

Isu '3 Batu Nautika', Bloger Perlu Hebatkan Kempen.


By Asyok Kumar

KUALA LUMPUR, 10 Nov:
Bloger-bloger yang cintakan bebenaran dan keadilan perlu membantu memperhebatkan kempen mengenai isu '3 batu nautika' bagi memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai hak kerajaan negeri Kelantan. Hal ini dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim selaku editor Blog Ibnu Hasyim di pejabatnya di sini pagi ini.

"Saya sokong Datuk Husam mengenai isu 'tiga batu nautika' yang diletakkan sebagai syarat untuk melayakkan negeri pengeluar seperti Kelantan mendapat royalti minyak. Hal ini adalah satu hujah yang tidak berasas kerana syarat itu tidak termaktub dalam Akta Petroleum 1974." kata Dr Hj Mohd.

Hal ini ditimbulkan berikutan dari kenyataan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa yang hadir parlimen semalam bagi mendengar sendiri penggulungan perbahasan pada peringkat Jabatan Perdana Menteri oleh Menterinya, Tan Sri Nor Ya’kub mengenai perkara ini.

Dr Hj Mohd menyokong Datuk Husam mengenai isu ini. Difahamkan Datuk Husam akan menyentuh semula mengenai royalti dan hujah yang digunakan oleh pihak tersebut itu, yang tidak ada dalam mana-mana undang-undang. "Kalau kita tengok undang-undang negara kita, yang ada hanyalah dua belas batu nautika bukan tiga batu nautika. Tetapi akta petroleum mengatasi segala undang-undang,” kata Dr Hj Mohd merujuk kata-kata Datuk Husam.

Beliau menyokong kenyataan Datuk Husam yang meminta perbahasan akta petroleum di Dewan Rakyat pada November 1975 oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu Tun Rahman Yaakob dirujuk kembali. Tun Rahman ketika itu menekankan dua unsur penting dalam akta petroleum 1974.

Pertama: Kuasa petroleum sebelum akta ini adalah terletak di bidang kuasa negeri-negeri, sejak sebelum kita menyertai Malaysia dan Persekutuan Tanah Melayu. Negeri Kelantan sama seperti Sarawak, iaitu negeri berdaulat dan mempunyai kuasa di atas petroleum dan kuasa ini hanya boleh diserahkan melalui satu perjanjian, dan perjanjian adalah mengikut akta 1974.

Kedua: Selepas negeri meyerahkan hak ini, adalah menjadi tanggungjawab petronas membayar pampasan dalam bentuk wang tunai. Adalah menjadi tanguungjawab petronas dalam bentuk ‘cash payment’, bukan royalti, bukan wang ehsan. Ia mesti dalam bentuk tunai dan dibayar kepada negeri pengeluar.

Beliau turut menyebut mengenai jawapan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak kepada soalan ahli parlimen Lim Kit Siang iaitu: “Tuan Yang di Pertua, Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya."

Tegasnya, menurut Datuk Husam, kerajaan negeri bukan sekadar ingin menuntut wang yang sememangnya menjadi hak rakyatnya namun apa yang lebih penting adalah ketelusan kerajaan persekutuan dalam membela kebajikan rakyat.

Datuk Husam juga turut mempersoal mengenai laporan tahunan Petronas yang tidak pernah dibentangkan di parlimen, “Kenapa petronas tidak boleh membentangkan di parlimen penyata petroleum di seluruh negara. Berapa pengeluaran setiap telaga pada setiap tahun dan berapa nilai pengeluaran tersebut. dan kedudukan tiap-tiap telaga termasuk bumi selatan yang disebut perdana menteri akan dibayar kepada Kelantan dalam bentuk wang ehsan,” soalnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri akan terus memperjuangkan tuntutan ke atas royalty demi keadilan rakyat Malaysia.

"Oleh itu, bloger-bloger di Malaysia perlu prihatin dan bertanggung jawab dalam membela kebenaran dan keadilan terhadap rakyat tidak kira agama dan kaum, kerana Al-quran sendiri menyebutkan "Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu dan janganlah kamu termasuk di kalangan orang-orang yang ragu... Jom, kita memperhebat kempen mengenai isu ini bagi memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai hak mereka!" Jelas Hj Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Malaysia. (Pelbagai sumber/AK)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails