Monday, July 08, 2013

Tembak Kepala, Badan Meletup Berkecai -Tentera Mesir Mengganas.

 
Antara mayat mereka yang terkorban dalam insiden pagi tadi- Gambar Anadolu Agency

MESIR: Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban.

Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.

"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah.

"Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera.

Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi. Sementara itu, maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain cedera.

Difahamkan insiden itu terjadi selepas polis dan tentera Mesir cuba menyuraikan peserta himpunan yang berkampung di sini sejak beberapa hari lalu itu dengan kekerasan menjelang waktu Subuh pagi tadi. Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.

Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka. Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah. (Hrkh)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

3 comments:

Anonymous said...

Sampai bila Ikhwan nak lihat para penyokong kena tembak, bukankah sudah sampai masanya berperang menggunakan senjata! al-Quran juga menyuruh kita bersiap sedia dengan senjata (wa 'aiddu lahum mastta'tum min quwwah...)... kalau terlalu percaya demokrasi sebegini, para pengikut akhirnya kecewa dan memilih menyendiri sahaja, atau menubuh gerakan lain...

Anonymous said...

imam al azhar sokong coup & tembak pendemo.
Imam yusof qardawi sebut syahid jika mati lawan askar.

mana 1 betul, keliru nih......

Anonymous said...

laknatlah kepada penyokong tentera zalim yg didokong israel dn syiah di mesir.

insyaallah syahid mereka yg dibunuh. amiinn

jgn lupa utk kita balas serangan syaitan2 itu dgn doa dn qunut nazilah setiap hari... masukkan sekali golongan yg menghina Nabi saw

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails