Monday, July 08, 2013

Atlet SUKMA Dirogol Beramai-ramai, Apa Kata Menteri Belia & Sukan?



 POLIS akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan. Menurut Bernama semalam..

Hari ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencadangkan agar ketiga-tiga atlet bola baling lelaki Wilayah Persekutuan yang didakwa merogol seorang atlet wanita daripada kontinjen yang sama digantung buat sementara waktu sehingga siasatan pihak polis selesai.

Ujarnya, tindakan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan selanjutnya terhadap ketigatiga atlet berkenaan sebelum Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil tindakan selanjutnya.

"Ketiga-tiga atlet tersebut kini sedang direman oleh pihak polis dan kita masih menunggu keputusan siasatan.
"Sementara menunggu keputusan tersebut, ketigatiga mereka wajar digantung terlebih dahulu," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook miliknya. Menurut Kosmo! Online. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails