Thursday, July 11, 2013

FPI Tindak Tegas Terhdap Arak, Tarian Bogel & Pelacuran.


ORANG RAMAI menunaikan solat tarawih di Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia kelmarin.- AP 

FPI intip maksiat sepanjang Ramadan
JAKARTA - Umat Islam di seluruh Indonesia mula berpuasa semalam ketika golongan konservatif berikrar akan menyerang bar maksiat di seluruh negara manakala polis pula menggunakan jentera penggelek untuk memusnahkan arak dan bahan pornografi.

Bulan suci Islam ini digunakan oleh golongan konservatif di Indonesia sebagai peluang untuk menyerang kelab malam, bar dan kedai yang menjual arak secara terbuka. Terdapat kebimbangan situasi boleh menjadi lebih teruk tahun ini susulan peningkatan serangan ke atas pengikut mazhab minoriti dan penganut agama lain.

Beberapa pengkritik berkata, pertubuhan Barisan Pembela Islam (FPI) yang mewakili fahaman konservatif di Indonesia semakin berani melancarkan serangan seperti itu kerana pihak berkuasa tidak menghalang mereka. Beberapa hari menjelang Ramadan, sudah ada laporan FPI mula menyerbu beberapa buah bar di Jakarta kerana didakwa terlibat dalam aktiviti maksiat.

Pertubuhan tersebut pernah mengetuai protes yang memaksa bintang pop Lady Gaga membatalkan konsert di Jakarta tahun lalu.

"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap pengedaran arak, tarian bogel dan pelacuran," kata ketua FPI di sini, Habib Salim Alatas.

Beliau mengetuai sekumpulan anggota FPI yang merampas berpuluh-puluh botol arak dari sebuah kedai pada hujung minggu lalu. Menurutnya, seramai 50 anggota kumpulan tersebut akan dihantar untuk memantau tempat-tempat hiburan di ibu negara Indonesia itu pada setiap malam.

"Mereka akan mengintip aktiviti maksiat seperti minum arak di seluruh Jakarta sepanjang bulan suci Ramadan," katanya.
"Kami tidak teragak-agak untuk melakukan serbuan jika kami lihat polis dan pihak berwajib lain gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik," tambahnya.

Sementara itu, polis menggunakan jentera penggelek untuk memusnahkan beribu-ribu botol arak yang dijual tanpa lesen serta cakera video digital (DVD) cetak rompak dan lucah. Majoriti daripada 240 juta penduduk Indonesia mengamalkan Islam secara sederhana. - AFP

Front Pembela Islam.
Logofpi.jpg
Pembentukan 17 Agustus 1998
Kantor pusat Jakarta, Indonesia
Pemimpin Habib Rizieq
Ketua LPI Munarman

FPI sedang beraksi

Anggota FPI mengangkat mayat pada bencana tsunami di Aceh

Komen Weblog Ibnu Hasyim: FBI adalah Front Pembela Islam, yang didartarkan secara sah di Indonesia untuk membntu pemerintah menghapuskan pusat-pusat maksiat di negara itu bersama-sama agen pemerintah tersebut. Biaanya pusat-pusat hiburan tersebut idak mengikut peraturan pemerintah, dan FPI membantu memberi maaklumat menyelesaikannya. Apalagi bila berdepan dengan pusat maksiat.

Dalam Islam, apabila melihat sesuatu kemungkaran maka hendaklah individu itu merobahnya dengan 'tangan' atau kuasa, kalau tak mampu, kena dengan 'lidah' (kriti islah), tak mampu juga dengan hati. Dengan hati itu adalah selemah-lemah iman. Mahukah anda masuk kategori 'iman yang lemah'?

Di Malaysia, sepatutnya NGO seperti itu patut diwujudkan, dan perlu dibantu oleh Bahagian atau Jabatan Agama Islam.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails