Saturday, July 13, 2013

Morsi Lari Dari Penjara??

Jaksa Mesir selidiki kasus Mursi kabur dari penjara

KAHERAH - Pihak pendakwa raya akan menyiasat tuduhan bahawa Presiden Mesir yang telah digulingkan, Mohammed Morsi melarikan diri dari penjara atas bantuan Hamas sewaktu revolusi yang berlaku pada tahun 2011.

Ketua pendakwa raya, Hesham Barakat telah menerima testimoni daripada sebuah mahkamah di bandar Ismailia yang akan dijadikan asas kepada siasatan tersebut. Persoalan mengenai sama ada Hamas membantu Morsi dan 30 pemimpin Ikhwanul Muslimin melarikan diri dari penjara telah menjadi perdebatan dalam kalangan media sejak sekian lama.

Morsi dan pemimpin Ikhwanul Muslimin sebelum ini ada menyatakan bahawa penduduk tempatan membantu mereka selepas kebanyakan banduan sudah pun melarikan diri. Hamas bagaimanapun menafikan penglibatan mereka. Para pegawai penjara, polis dan ejen perisikan telah disoal siasat berkaitan kes tersebut.
Isu itu kembali hangat selepas Morsi digulingkan oleh tentera pada 3 Julai lalu berikutan protes yang mahu beliau meletak jawatan.

Morsi kini ditahan di sebuah lokasi tidak diketahui dan tidak dikenakan sebarang dakwaan sehingga semalam. - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rejim diktator tentera yang baru merampas kuasa Mesir mula mencari salah Morsi untuk dihukum...
 
Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails