Thursday, July 11, 2013

MB Kelantan Ziarah Keluarga Guru Mati Ditembak




BACHOK: Kesedihan keluarga Allahyarham Hashim Mat Zain yang ditembak di Bachok tiga hari lepas turut mendapat perhatian kerajaan negeri apabila dilawati Menteri Besar hari ini. Ustaz Datuk Ahmad Yakob meluangkan masa menziarahi keluarga guru terbabit di Kampung Sungai dekat ini. Hadir sama Adun Perupuk, Huzaimi Che Hussin.

Pada kejadian Isnin lalu arwah dilaporkan ditembak sebaik sahaja keluarga dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Tawang tempat beliau mengajar. Tembakan sebanyak tiga das menyebabkan kereta dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan terhenti di hadapan rumah seorang penduduk. Beliau mati di tempat kejadian.

Arwah meninggalkan seorang balu dan enam anak. Beliau berasal dari Kampung Tok Dosah, Perupok. Pada kunjungan tersebut Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan kepada balu mangsa, Nur Haziani Deraman. Beliau berharap keluarga mangsa bersabar menempuh dugaan tersebut, lebih-lebih lagi sekarang umat Islam sedang menjalani ibadat puasa.(Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails