Monday, July 08, 2013

Rakyat Mesir Wajib Sokong Mursi -Dr Yusuf Qardhawi

ULAMA berpengaruh di Timur Tengah, semalam (6/7/2013), mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Mesir perlu menyokong Muhammad Mursi dan mendesak pihak tentera berundur dari panggung politik negeri itu, demikian Kompas melaporkan.

Ulama kelahiran Kaherah itu, Yusuf al-Qardhawi dalam fatwa yang kemudian diterbitkan di lamanweb rasminya itu mengatakan, campurtangan tentera yang kemudian menggulingkan Mursi bertentangan dengan demokrasi dan perlembagaan Mesir.

"Dr Al-Qaradawi menerbitkan fatwa tentang perlunya menyokong presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat, Muhammad Mursi dan mempertahankan perlembagaan. Beliau juga menyeru Panglima Tentera Abdel Fatah al-Sisi dan penyokongnya berundur demi mempertahankan legitimasi dan demokrasi," demikian pernyataan di dalam lamanweb rasmi al-Qaradawi, www.qaradawi.net 

 
Al-Qaradawi menambahkan, ramai ulama dari Universitas Al-Azhar Kaherah, salah satu institusi Islam paling berpengaruh di Mesir, menyetujui pandangannya.

Al-Qaradawi adalah ketua Persekutuan Ulama Antarabangsa, merupakan penyokong utama revolusi yang "menyapu" sejumlah negara Arab pada 2011. Bulan lalu dia menyerukan perang jihad melawan Presiden Syria Bashar al-Assad. (IH)



Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails