Monday, July 08, 2013

Gelaran 'Datuk', Penyanyi Jeffrydin Palsu?


HALAMAN HIBURAN

JEFFRYDIN tidak terasa hati apabila ada pihak mempertikaikan gelaran Datuk yang dimilikinya.

JIKA sebelum ini pelakon Eizlan Yusof menerima tamparan apabila gelaran Datuk yang diberikan kepadanya dipertikaikan umum, kini tiba giliran penyanyi legenda Pop Yeh Yeh, Datuk Jeffrydin menerima tempias yang sama.

Timbul desas-desus bahawa gelaran yang diperolehnya pada tahun 2009 sebenarnya diberikan oleh Sultan Sulu di Filipina yang tidak diiktiraf Malaysia.

Tampil menafikan spekulasi itu, tegas Datuk Jeffrydin, gelaran Datuk itu telah dikurniakan oleh kerajaan negeri Melaka kepadanya, sekali gus menidakkan tuduhan liar khalayak terhadap pengiktirafan 'palsu' yang diperolehnya.

"Gelaran ini diberikan oleh kerajaan Melaka kepada saya pada tahun 2009 dan bukannya Sultan Sulu seperti yang didakwa.
"Terserah pada mereka yang mahu menilai gelaran itu dan saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang. Bagi saya, individu yang mempertikaikan gelaran ini ada perasaan iri hati.
"Saya tidak terguris pun apabila timbul dakwaan sebegini. Ini cuma permainan dunia dan mungkin ada hikmahnya," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya, Debaran Rindu di Hotel Royale Bintang Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

M. NASIR (kanan) dan Azmeer turut menyumbangkan kreativiti masing-masing dalam album terbaharu Jeffrydin yang berjudul Debaran Rindu. 

Sementara itu, penyanyi tersebut melahirkan rasa syukur apabila berjaya merealisasikan impian untuk kembali mengeluarkan album selepas 10 tahun. Ia merupakan satu tempoh yang cukup lama buat Jeffrydin, 66, menunaikan permintaan peminatnya yang mahu mendengar lagu terkini daripada beliau. (IH)

1 comment:

kampong lad said...

depa ni penyanyi, pelakon pak lawak (orang sebut artis, tapi yg aku tau artis2 dok kat central market) dok kalut mau sangat gelaran2 tu, ada elaun bulanan ka? datuk ada 3 kelas
1. A = anugerah, 2. B = beli (yg ni belambak) & 3. C = cucu (yg ni anugerah dari anak)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails