Tuesday, July 09, 2013

Kerana Syariat Islam Mesir Digolakkan..

Oleh Muhammad Hafiz Mansor 

 
Syariah Islam punca Mesir bergolak
 MESIR adalah antara negara umat Islam yang menjadi perhatian musuh-musuh Islam sejak sekian lama selain daripada Pakistan dan Indonesia. Keadaan geografinya yang strategik ditambah pula dengan sumber minyak yang banyak cukup membuatkan Mesir sebagai sebuah negara Afrika Utara yang penting di rantau Asia Barat.

Sejak sekian lama, Mesir terlibat dalam perang Arab-Israel, termasuk Perang Enam Hari 1967, yang mana Mesir dan Israel menjadi pemain utamanya termasuk juga sekutu Israel iaitu AS. Jeneral yang memimpin Mesir dalam Perang Enam Hari adalah Jeneral Jamal Abu Nasser, menyaksikan Mesir kalah dalam pertempuran tersebut termasuk beberapa tempat yang berjaya ditawan Israel antaranya Bukit Golan di Selatan Syria dan Baitul Maqdis.

Mesir sangat berkepentingan bagi Israel dan AS, bukan hanya atas kepentingan ekonomi tetapi juga atas kepentingan kedudukan Mesir yang berjiran dengan Palestin. Ini beerti, menyelamatkan negara Islam Mesir dari kongkongan sekutu-sekutu Israel dan kelompok-kelompok berkepentingan akan turut memberi kesan kepada Palestin.

Pemilihan Dr Morsi sebagai Presiden Mesir cukup membimbangkan musuh-musuh Islam. Mereka tidak takut dengan pemerintah yang amanah dan adil, meskipun pemerintah itu seorang muslim, tetapi apa yang sangat dibimbangi adalah seorang pemerintah yang ber’sama’nya syariat Allah SWT dalam memimpin negara.

Itu sahaja alasan mereka untuk memusuhi gerakan Islam di mana sahaja mereka berada. Hakikat yang pejuang Islam mesti sedar, syariat Allah SWT yang sedang kita junjung sentiasa membuatkan musuh-musuh Islam gelisah. Isu kerajaan Mesir digulingkan bukan isu baru, tahun 1952 menyaksikan pemerintahan beraja Mesir digulingkan. Husni Mubarak juga digulingkan beberapa tahun sebelum ini.

Isu yang perlu menjadi fokus utama di Mesir sekarang adalah kerajaan Islam yang berhasrat melaksanakan syariah telah digulingkan. Musuh-musuh Islam atas nama sekularisma, nasionalisma dan liberialisma juga Israel, AS dan sekutu-sekutunya yang lain sentiasa bersatu hati menentang Islam dan pemerintahannya.

Saya jamin jika Dr Morsi tidak berhasrat melaksanakan syariah Allah SWT atau tidak ada kecenderungan ke arah itu ketika memegang jawatan presiden sebelum ini, nescaya tidak akan berlaku rampasan kuasa seperti yang berlaku tempoh hari.

* Muhammad Hafiz Mansor ialah Pengarah Operasi Insitut Pemikiran Fadzil Noor (INFO)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebab itu, kerana Islam PAS ditentang. UMNO Mesir dengan UMNO Malaysia sama saja dasarnya.


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

1 comment:

Anonymous said...

Benarlah kata tuan...

Cuma jangan dilupa musuh dalam selimut...

Mereka juga tunggu peluang untuk khianati pejuang Islam...

Walaupun "tidur sebantal" tapi mimpi lain-lain...

Ketika pejuang Islam kuat mereka menyemai benih-benih keraguan...

Ketika pejuang Islam lemah masa itu barulah mereka tunjuk belang tabur fitnah dan tuai hasil semaian!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails