Sunday, July 07, 2013

Antara Pengemis Kecil Bogel Dg 'Gadis Besar' Telanjang..

Gambar ini: Gadis-gadis cilik Palestin di Jalur Gaza memperhatikan guru mereka pada satu kelas balet di Kota Gaza, (3/9/2012). Generasi masa depan Palestin itu cuba dijajah budaya mereka dan dipaksa mewujudkan impian balet pelalai, supaya terpisah dari agama mereka (Islam). HAMAS, memandang "kelas khusus (tarian balet)" itu sebagai berbalik kebelakang, ke zaman jahiliah. 

Ianya lebih bahaya dari kisah 'Pengemis kecil merokok, bogel ' di bwah ini.  Lebih bahaya dari 'gadis besar ' berbogel mengemis melalui pelacuran di kota-kota, hatta dalam negara umat Islam sendiri.

Pengemis kecil merokok, bogel
Nanjing: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ditemui mengemis dalam keadaan bertelanjang dan merokok di bandar raya ini sudah dihantar pulang ke kampungnya.

Gambar (bukan gambar di atas) menunjukkan kanak-kanak itu melutut meminta sedekah di jalan raya di ibu negeri wilayah Jiangsu itu mengejutkan penduduk China sejak dua hari lalu. Gambar kanak-kanak terbabit dan bapanya, Zhou Chonggao mengemis dikongsi puluhan ribu kali di laman sosial popular China, Weibo.

Polis menahan kanak-kanak itu serta bapanya, Rabu lalu dan menghantar mereka pulang ke kampung di Chenlong, 200 kilometer ke utara Nanjing. Seorang pegawai kampung berkenaan berkata, pihak berkuasa tidak dapat memberi elaun bantuan kepada kanak-kanak itu kerana dia tiada surat beranak.

Usaha mendapatkan dokumen berkenaan bagaimanapun sudah dijalankan. Sementara itu, kanak-kanak terbabit ketika ditanya mengenai tindakannya mengemis dalam keadaan bertelanjang berkata, dia lebih mudah mendapat wang daripada orang ramai dengan berbuat demikian. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails