Wednesday, July 10, 2013

Osama Laden Pakai Topi Koboi, Apa Muslihat Berita Ini?


FotoOSAMA dengan topi koboi mengikut lakaran pelukis.

Pakai topi koboi untuk elak dikesan

Islamabad: Laporan sulit Pakistan semalam bocor di Internet ekoran beberapa siri pendedahan mengejutkan mengenai kehidupan dan kematian pengasas al-Qaeda Osama bin Laden.

Osama dikatakan menyamar dengan memakai topi koboi ketika bersembunyi di Pakistan. Osama mengenakan topi gaya John Wayne bagi mengelak daripada dikesan radar Amerika Syarikat (AS) ketika bersiar-siar di luar tempat persembunyiannya. Lelaki paling dikehendaki di dunia itu percaya topi besar itu akan melindunginya daripada pesawat pengintip AS yang cuba menjejakinya dari udara.


Tiga isteri Osama yang bersamanya ketika dia ditembak mati mendedahkan bagaimana Osama menggunakan topi koboi untuk memperdaya tentera Amerika. Pada waktu itu mereka menetap di rumah tiga tingkat di bandar Abbottabad, Pakistan. Laporan suruhanjaya itu yang bakal diterbitkan merakam beberapa siri kesilapan yang membolehkan Osama tinggal tanpa dikesan di Pakistan.

Penyiasat berkata, lokasi persembunyian itu dibeli oleh konco Osama dengan i menggunakan kad pengenalan palsu. Osama berada di situ selama enam tahun mulai 2005 hingga dia ditembak mati dua tahun lalu. Isterinya memberitahu suruhanjaya rasmi Pakistan yang menyiasat kematian nya bahawa Osama juga pernah mencukur janggutnya dan berjaya mengelak daripada ditangkap sekurang-kurangnya sekali ketika kereta dinaikinya ditahan kerana dipandu laju.

Ia berlaku antara 2002 dan 2003 ketika dia dan keluarganya bersembunyi di daerah Swat Pakistan dekat sempadan Afghanistan. Isterinya berkata kenderaan mereka ditahan ketika menuju ke bazar berdekatan.
Keluarganya mendakwa ketika berada di Abbottabad, Osama hidup secara cermat dan mempunyai hanya enam pasang pakaian. Anak perempuannya, Sumaya memberitahu penyiasat, meskipun bapanya cedera di kepala, Osama masih boleh dicam dengan jelas. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa muslihat berita ini dikeluarkan semula?

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-37: Osama Bin Laden
E-Buku IH-37: Osama Bin Laden

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails