Tuesday, September 30, 2014

Portfolio: PAS Beri Pandangan Pada Azmin.




KL: PAS Selangor telah menyatakan pandangan mereka kepada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berhubung portfolio exco kerajaan negeri.

Pesuruhjaya negeri, Iskandar Samad berkata, pandangan itu dinyatakan dalam pertemuan pihaknya dengan menteri besar, beberapa hari lalu. Menteri Besar juga katanya, membuat pertemuan serupa dengan exco PKR dan DAP.

Bagaimanapun, Iskandar berkata pengesahan portfolio itu hanya akan dimaklumkan dalam mesyuarat exco, esok.

"Untuk portfolio ini MB sudah berbincang dengan semua exco yang terlibat di kalangan tiga parti," katanya kepada Hararakahdaily.

Menurutnya, mesyuarat exco esok akan menentukan portfolio bagi kesemua 10 exco yang dilantik dan satu sidang media dijangka diadakan selepas itu.

Terdahulu, perbincangan telah dilakukan antara Menteri Besar dengan ketiga-tiga parti untuk membincangkan pembahagian portfolio yang akan dipegang oleh setiap exco di kalangan mereka.
Selain Iskandar, dua lagi Adun PAS yang dilantik exco adalah Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib.

Sebelum ini, Iskandar yang juga Adun Chempaka memegang Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri Selangor ketika dibawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala Ahmad Yunus memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. - HARAKAHDAILY 30/9/2014

1 comment:

Unknown said...

Tuang Presidung kata Pas nk jaga raja,islam dn melayu.
Suka dicadangkn portfolio Exco Pas saperti brikut:-
1.hal ehwal istana terutama pagarnya.
2.hal ehwal mais/jais agar bible tersimpan tk diedar semula.
3.hal ehwal mat2 rempit agar dpt hasilkn pelumba2 moto jagoh dunia dlm gengaman melayu je.
Cukup dulu krana jika lebih2 tk dpt belit dgn serban.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails