Monday, September 29, 2014

Iszuree Patut Guna Saluran Betul -Anwar


PKR tidak akan mempertahankan bendahari PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim yang digantung dari sebagai menyertai sebarang jawatankuasa kerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana mengkritik polisi setinggan kerajaan negeri.

Iszuree (bawah) yang juga ketua lajnah tanah PAS negeri bagaimanapun dikekalkan sebagai ahli majlis tetapi peruntukkan beliau dibekukan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Iszuree sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya kerana beliau sebahagian Pakatan Rakyat.

"Kamu boleh kritik dari fakta yang kamu dapati, bukan dari apa yang didapati dari Umno.
"Jika kamu nak guna peruntukan negeri tetapi terus kritik – kamu tidak dapat memberi perkhidmatan dengan baik," kata beliau ketika ditanya wartawan selepas ceramah anti akta hasutan di Seberang Jaya semalam.

Ketika ditanya adakah tindakan negeri terlalu keras dan seoalah-olah tidak dapat menerimanya sebagai kritikan, Anwar menjawab:

"Sudah tentulah boleh kritik. Tetapi keadaan di sini mungkin berbeza," tambah beliau.
 
Sementara itu, lima belas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) siang tadi menandatangani petisyen menuntut penamatan khidmat ahli PAS, Iszuree Ibrahim sebagai ahli MPPP.

Ahli MPPP, Harvinder Singh, yang mengetuai kumpulan itu, berkata tuntutan itu dibuat ekoran tindakan Iszuree yang didakwa membuat dakwaan palsu mengenai kerajaan negeri. Harvinder berkata kini terpulang kepada kerajaan negeri, yang melantik ahli majlis, untuk bertindak sewajarn
ya.
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails