Thursday, October 02, 2014

Lari Bogel.. Pusat Hiburan Maksiat. K'jaan BN Gagal Selesaikan..

Foto ANTARA wanita warga asing ditahan dalam operasi di premis hiburan tarian berahi di Bukit Bintang, semalam.
Foto

Kuala Lumpur: Seorang penari gelek berpakaian separuh bogel cuba melarikan diri termasuk merempuh beberapa anggota polis wanita sejurus pihak berkuasa menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun wanita berusia 28 tahun itu ditahan lima anggota polis walaupun wanita itu meronta-ronta minta dilepaskan.

Dalam serbuan dilakukan jam 1 pagi itu, wanita warga Uzbekistan dikatakan panik selepas menyedari kehadiran anggota polis Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman yang cuba melakukan pemeriksaan mengejut ke atas premis itu.

Serbuan diketuai Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Roslee Chik dibuat hasil pendedahan eksklusif Harian Metro Sabtu lalu berhubung sebuah premis hiburan yang menawarkan tarian gelek berahi sebelum pelanggan boleh membawa penari ke ranjang.

Roslee berkata, hasil serbuan itu pihaknya menahan 30 wanita membabitkan warga Uzbekistan, Mesir, Maghribi, Iran dan Turki atas pelbagai kesalahan termasuk menjadi pelayan pelanggan (GRO) yang menawarkan khidmat pelacuran.

Menurutnya, rata-rata wanita berusia 20 hingga 30 tahun itu tidak mempunyai dokumen yang sah selain ada yang memiliki pas lawatan palsu dan menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai GRO.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pusat hiburan, bukan lagi tempat mencari ketenangan dan hiburan yang sebenarnya, tetapi sudah menjadi pusat maksiat me'neraka'kan manusia di dunia sebelum kekal di neraka akhirat.

Setengah abad lebih Malaysia merdeka, tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah ini. Bahkan menjadi biang keladi menggatalkan seluruh rakyat. Demi me'makmur'kan Islam seperti yang diredhai Allah SWT, BN sebenarnya wajib ditolak segera, kerana merosakkan keagamaan.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)

E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)

1 comment:

Anonymous said...

maksud kau kt Penang dan Selangor kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails