Wednesday, October 01, 2014

Pemecatan Iszuree, Mazlan Aliman Bincang Guang Eng..






GEORGETOWN: PAS Pulau Pinang meminta kerajaan negeri menangani isu pemecatan Anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim  (gambar) dengan bijaksana disamping perlu mengadakan perbincangan.

Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang Fadzil Kemi berkata, isu yang dibangkitkan Iszuree pada Muktamar PAS lepas adalah melibatkan rakyat dan bukannya memburuk-burukkan kerajaan negeri. Bercakap dalam sidang media hari ini, Fadzil berkata, sebagai seorang pemimpin PAS yang komited Iszuree hanya menyuarakan isu berkaitan nasib penduduk negerinya itu.

Ekoran itu, beliau mendesak kerajaan negeri menarik balik pemecatan Iszuree.

Iszuree yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulalu Pinang, dipecat daripada semua jawatankuasa tetap pihak berkuasa tempatan (PBT) ekoran ucapan dasarnya dalam Muktamar PAS Kali ke-60 baru-baru ini menegur kerajaan Pulau Pinang berhubung isu dasar perumahan.

Memetik laporan Awani, Iszuree, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata beliau hanya membangkitkan isu rakyat sama seperti yang dilakukan pemimpin DAP atau PKR ketika mereka menghadiri perhimpunan agung parti masing-masing.

Sehubungan itu,  Pengerusi Lujnah Tanah PAS Pusat Mazlan Aliman berkata pihaknya mahu mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng berhubung isu tanah dan penduduk negeri ini. - HARAKAHDAILY 1/10/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails