Thursday, October 02, 2014

39 Pelajar Ponteng Sekolah Dicekup, Lagi Dasar Kerajaan Gagal.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhz7nzIlvTXnwhoYLUO3SO9TB1lcQu1LtTvaz3KxTV410rOuPT-RmTW0Xs43FAHK_NnbOPuZva_Pd2c8E3bulfjT6XCGOYrXZmHmsMC26jkxImkT75qUIhM7BbObUTWxCqi82zS78m6TVIY/s1600/Budak+sekolah+terlampau.jpg
Gambar Hiasan

Seremban: Sekumpulan 39 pelajar termasuk sembilan remaja perempuan yang ponteng sekolah ditahan polis di kawasan rekreasi di Jeram Toi, Jelebu, dekat sini, pagi tadi.

Polis yang menerima aduan berhubung perbuatan remaja terbabit kira-kira jam 11 pagi itu membuat serbuan dan menahan mereka sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, dekat sini.


Difahamkan, semua pelajar berusia 14 hingga 19 tahun itu lengkap berpakaian seragam sekolah datang dari beberapa sekolah di Seremban, Port Dickson, Cheras, Kuala Lumpur dan Kajang, Selangor.

Sumber berkata, mereka ponteng sekolah dan menunggang motosikal untuk berkelah dan melepak di kawasan rekreasi itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Setapa Yusof ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan pihaknya sudah menghubungi waris setiap pelajar.

Lagi bukti, dasar pelajaran Malaysia gagal membawa manusia jadi manusia profesional dunia akhirat! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails