Monday, September 29, 2014

Tak Mahu Adun Disibukkan Tugas T/Speaker -Iskandar









KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, jika PAS menolak kerusi Timbalan Speaker Selangor, ia adalah kerana tidak mahu Adun PAS yang tidak dilantik sebagai exco, disibukkan dengan tugas itu sehingga menjejaskan tugas asasi mereka.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini, PAS Selangor belum lagi membuat apa-apa keputusan berhubung tawaran itu dan akan memuktamadkan perkara tersebut sebelum Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada November akan datang.

"Satu keputusan akan dibuat sebelum sidang DNS bermula.
"Jika PAS menolak adalah kerana PAS mahukan kesemua Adun PAS yang tidak dilantik menjadi Exco dapat berperanan sepenuhnya sebagai Adun di dalam DNS dan tidak disibukkan dengan tugas sebagai Timbalan Speaker,” katanya dipetik Selangor Kini.

Semalam, Iskandar yang juga Adun Chempaka menulis di Facebokk bahawa PAS masih belum memutuskan sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut. Beliau berkata, pertemuan exco dan mantan exco PAS dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam semalam juga tidak membuat keputusan berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengumumkan tiga Adun PAS dilantik sebagai Exco iaitu kurang satu kerusi berbanding empat sebelum ini. Bagaimanapun menurut Azmin, PAS akan diberi jawatan Timbalan Speaker yang telah dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai salah seorang dari empat exco PKR.

Azmin membariskan pasukan exconya mengikut komposisi 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS. Dua exco dari PAS yang dikekalkan adalah Iskandar Abdul Samad (Chempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), manakala seorang lagi muka baru adalah Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib.

Dua exco PAS sebelum ini pula iaitu Dr Halimah Ali (Selat Klang) dan Sallehen Mukhyi (Sabak) bagaimanapun tidak dikekalkan dalam kabinet baru Azmin.

- HARAKAHDAILY 29/9/2014

3 comments:

Anonymous said...

kalau cm tu elok exco pas letak jawatan dan tumpukan kpd tugas2 asas spt yg disebutkan. tak adalah pulak sibuk dgn tugas2 exco hingga tugas asas terabai...

Anonymous said...

iskandar tu patut letak jawatan exco.beri pada adun Pas yang lain.dia tak layak di lantik exco.ketika dulu dia banyak buat ulasan yang menyakitkan PR.sokong khalid tak habis-habis

Anonymous said...

Pas nak buat kerenah lagi, merajuklah konon. Lepaskan semua jawatan exco tu, tak pelahapkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails