Monday, September 29, 2014

Dayak Terus Gesa Jadi 'rakan kongsi' M'sia


Adakah masyarakat Dayak yang merupakan kira-kira 50 peratus daripada jumlah penduduk Sarawak secara paksa diserahkan kepada penjajah British kepada 'tuan yang lain' semasa pembentukan Malaysia?

"Ini adalah persoalan yang sering dipersoal masyarakat Dayak sama ada mereka hanya dipindahkan dari satu penjajah kepada penjajah yang lain,” kata Kongres Kebangsaan Dayak (DNC) dalam satu kenyataan semalam.

DNC merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpengaruh dengan keahliannya terdiri daripada pesara tentera, pegawai polis, pesara kerajaan, ahli perniagaan, aktivis.

"Tetapi ia bukan satu desakan untuk pemisahan. Sebaliknya, ia adalah satu desakan untuk kita semua, masyarakat Dayak dan bukan Dayak khususnya kepada kerajaan negeri Sarawak supaya mengambil serius menjadikan Dayak sebagai rakan kongsi.

"Selepas semua ini, Malaysia tidak akan wujud sekiranya masyarkat Dayak berkata tidak kepada cadangan itu," kata DNC dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh naib presidennya, R Dominic Giah. (MK)


PEMBERITAHUAN ARTIKEL PEMBACA TERTINGGI
Weblog ini telah menerbitkan artikel catatan perjalanan  Ibnu Hasyim ke Kalimantan,. 
Menceritakan kisah kaum Dayak di Kalimantan, sebanyak 21 siri. Siri ke 10 ..


 ..disiarkan pada 7 Mc 2012 mempunyai 212 ulasan setakat ini.
Mempunyai pembaca tertinggi berjumlah 139,086 pelawat.
Terima kasih kepada pembaca sekalian. Kalau perlu, sila tuan lihat dan beri komen.
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails