Monday, October 20, 2014

Apa Faedahnya Kempen Sentuh Anjing Begini?



Kempen sentuh anjing dapat sambutan Muslim
RATUSAN hadirin hari ini hadir pada acara “I Want to Touch a Dog” – sebuah acara bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Sebelum acara menyentuh anjing bermula, sebuah forum mini oleh penceramah antaranya seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan diadakan.

Dalam forum tersebut, hadirin diberi peluang untuk bertanyakan pelbagai soalan dan kemusykilan berhubung haiwan tersebut.

Selepas itu, mereka juga diberi taklimat dan diajar untuk melakukan sertu dengan cara yang betul sekiranya terdapat hadirin yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

Selain menyentuh anjing, acara julung kali yang turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat itu juga memberi peluang kepada hadirin untuk mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan haiwan berkenaan.

Ajar cara samak

Terdapat juga ibu-bapa beragama Islam membawa anak-anak mereka ke acara itu bagi memberi pendedahan dan menyentuh haiwan berkenaan. Bagi penganjur acara berkenaan, Syed Azmi Alhabshi berkata, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan yang diterima pada hari ini.

Katanya, objektifnya untuk mengadakan acara ini juga tercapai apabila rata-rata yang hadir memberi respon positif kepadanya.

"Sambutan amat menggalakkan. Walaupun acara ini hanya dua jam, tapi rasanya ia amat mencukupi. Saya rasa bagus dan objektiftercapai. Apa yang penting kita dapat tengok masyarakat yang majmuk saling membantu.
"Hari ini juga ramai orang Islam yang hadir dan mereka rasa selesa sebab mereka tak was-was dan kita ada ajar cara nak sertu (samak) dan pemilik anjing pun ada bersama. Sebenarnya apa yang penting ialah ilmu pengetahuan," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, seorang pengunjung, Aimi Syafiqah Ghazali, 23, berkata, acara tersebut merupakan sebuah acara yang bagus kerana dapat memberi kesedaran dan membuang pemikiran negatif yang mengatakan anjing tak boleh dipegang.

'Islam itu mudah'

Katanya, apa yang paling penting bagi masyarakat kini ialah ilmu dan pengetahuan berhubung haiwan berkenaan.

"Bagi saya acara ini bagus. Biasanya orang Islam di Malaysia ini skeptikal. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Tetapi acara ini menyedarkan bahawa Islam itu mudah.
"Saya rasa kita kena buang pemikiran yang begitu. Acara ini satu permulaan yang bagus dan harap akan dibuat lagi acara seperti ini di tempat lain," katanya.

Bagi Siti Khadijah Samsudin, 22, dia turut berpendapat, acara tersebut perlu diadakan lagi untuk mendidik masyarakat Islam supaya memupuk rasa sayang walaupun terhadap anjing.

"Acara ini sangat berguna kepada orang Islam untuk mendidik kita supaya bertanggungjawab kepada haiwan walaupun ianya haram. Kita juga sebenarnya kena saling menyayangi dengan makhluk yang lain," katanya.

Abdullah Fauzi Samsudin, 31, pula berkata, acara tersebut juga bermanfaat untuk mendidik orang Islam supaya tidak lagi takut untuk memegang anjing dan membuang persepsi negatif terhadap haiwan berkenaan.

"Acara ini bermanfaat untuk didik kita. Walaupun anjing ini najis tetapi dia binatang yang sangat mesra. Cuma ada cara untuk pegang dan kita juga sebenarnya boleh memegang anjing jika ia kering. Tak perlu untuk disertu," katanya lagi.


Peserta turut diberi tutorial mengenai penjagaan anjing termasuk cara menyuci menerusi kempen I Want To Touch A Dog, Ahad. -gambar mStar.
  (MK)

9 comments:

Anonymous said...

Yahudi dan Nasrani tidak berputus asa sehinggalah umat yang mengaku Islam mengikut mereka.

Anonymous said...

setuju dgn comment tu

Anonymous said...

Bangsa Melayu ini ada beberapa fobia, paling utama tentang anjing dan babi. Pada saya nak setuju kempen itu pun tidak, nak halang pun tidak... namun yang paling utama adakah kempen tersebut memberi pemahaman masyarakat tentang hubungan Islam dengan haiwan ini.

Anonymous said...

aku nak bela kambing kat rumah (taman perumahan) tapi tak dibenarkan..diskriminasi betol..

Anonymous said...

Bagus, idea kreatif ini membudayakan semula ilmu islam yang sebenar sejak Malaysia membudayakan Ketua Agama Islam boleh buat tapi rakyat islam biasa tak boleh, naik mahkamah syariah dan hukum mereka!
Jangan tahu komen sahaja, sila gali sendiri melalui kitab (anda bukan buta huruf) kedudukan anjing dalam Islam sebenarnya setelah sekian lama masyarakat membudaya nilai kononnya melalyu islam. Apa yang saya boleh kongsi, Anjing tu Najis bukan binatang haram utk dihina semahunya seperti budaya kita sebelum ini. jika pegang najis HARAM, makan HARAMlah anda basuh berak anda! camno nak tukar pampers baby, darah ikan, nanah anak saudara dari bisul etc... etc... mungkin inilah masanya anda mengkaji sendiri agama anda, jangan tahu org nak suap je, tahu nak nganga pastu pandai pulak nak kondem... aparaaaa.. buat malu kat org cina, india dan yahudi jeeee!!!!

unknown said...

eh.. pandai pulak salahkan org yahudi dan nasrani! kah... kah.. kah... lawak! pegang satu nas, tapi nas yang lain tak mau pegang!

Anonymous said...

Bagus sgt.. Buat tiap2 minggu tau.. Suka tgk.org islam pegang anjing.. Bkn hina anjing bro, dah bgtai kalo xda hal utk jaga rumah. Kebin ect xpyh la nak pegang2.. Baik wat program.i want to touch al quran.. Kompom xda sambutan.. Balik pegang, usap, cium ibu bapa mu.. Touch anak yatim nu.. Kredit ustaz azhar.. Yg allah suruh xmau ikut, kalut nak wat yg meragukan.. Pa masalah minda depa ni semua.. Allah..

Anonymous said...

sahabat sekalian,
perasan kah tidak kempen ini melaga-laga kita saudara seIslam... apa yang penting .... terapkan apa yang Nabi pernah buat dalam kehidupan seharian.... perkara ini takkan jadi kalau ORANG ISLAM JAGA SOLAT 5 WAKTU... fikir juta2 kali kenapa solat dapat cegah benda ini terjadi..

~Amy~ said...

kih kih kih.. lawak lak baca komen2 ni...manusia diberi akal & fikiran. ikut la y mna nabi & Allah suruh, kita hamba jer

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails