Monday, October 20, 2014

Negara Islam (?) M'sia Jadi 'tong sampah' Lambakan Pelacur?

http://otakkacau.net/wp-content/uploads/2011/07/pelacur-masuk-surga-dengan-menolong-anjing.jpg

11 pelacur warga India ditahan di ‘hotel reban ayam’  
IPOH – Walaupun sebuah hotel bajet di Jalan Pasir Puteh di sini layak dipanggil sebagai ‘reban ayam’ kerana keadaan yang suram, kotor dan menjijikkan namun premis itu menjadi tarikan dalam kalangan lelaki yang kemaruk seks dengan harga murah serendah RM30.

Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar dalam serbuan pukul 11 pagi selepas premis itu diserbu pihak berkuasa dan berjaya menahan 11 pelacur warga India dan dua lelaki warga asing. Kesemua yang ditahan berusia 22 hingga 36 tahun.

Difahamkan, kesemua wanita yang dibayar kira-kira RM1,000 sebulan tinggal di premis itu dan menawarkan khidmat seks di tempat sama sejak setahun lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Ahmad Nizam Amiruddin berkata, tangkapan itu melibatkan 11 pelacur yang kesemuanya warga India dan dua pelanggan masing-masing lelaki warga Bangladesh dan warga India.
http://3.bp.blogspot.com/_LvebQJXzEiQ/TKHFcc9OO-I/AAAAAAAAKKQ/DchsjUnBXfo/s1600/pelacur%20gang%20dolly2.jpg
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Negara Islam (?) Malaysia kini sudah menjadi 'tong sampah' tempat lambakan pelacur-pelacur berbagai kelas dari a smpai z? Tak malukah kita, di mana nak letak muka pemimpin-pemimpinnya?  (IH)

3 comments:

Unknown said...

Kena dpt mufti Harusanasini buat fatwa bgaimana ubahkn kerjaya mereka.

Anonymous said...

Mufti kena main peranan lebih le..

Anonymous said...

Alhamdulillah...

Berita sebeginilah yang patut kita sebar-sebarkan semoga menjadi ingatan kepada peminpim Islam ke mana arah tuju Malaysia..

Tahalul Siyasi memperbanyakkan Maksiat???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails