Tuesday, October 07, 2014

Pesta Arak Cemari Bulan Haji: Tolong Jawab MB S'gor Baru..


 USAHA syarikat arak untuk mempromosikan di Malaysia pesta arak Oktoberfest yang berasal dari Jerman perlu disekat.

SHAH ALAM – Pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengecam tindakan kerajaan negeri Selangor membenarkan pesta jualan arak Oktoberfest diadakan di negeri ini sejak bulan lalu tanpa mengira sensitiviti umat Islam.

Menurut mereka, sikap biadab kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membenarkan promosi pesta anjuran Carlsberg Malaysia itu secara keterlaluan tidak patut berlaku. Oktoberfest merupakan pesta jualan arak yang menjadi tradisi turun-temurun di Jerman dan cuba dikembangkan di negara ini secara terbuka oleh syarikat pengeluar arak ternama itu.

Lebih menyedihkan, kerajaan negeri Selangor memandang sebelah mata terhadap tindakan penganjur menyewa papan iklan gergasi milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Subang, Seksyen U2 di sini untuk mempromosikan iklan festa tersebut sedangkan majoriti penduduk Shah Alam adalah orang Islam.

Presiden Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDS), Rosdi Long berkata, kebenaran bagi pemasangan papan iklan Oktoberfest di sekitar bandar raya Shah Alam seolah-olah menggalakkan orang Islam di Selangor menyertai aktiviti mempromosi minuman keras terbabit. (Kosmo)

Komen Weblog IbnuHasyim: Kerajaan kayapun, makan tak kira halal haram lagi? Kita nak dengar apa kata Menteri Besar Selangor baru yang beragama Islam dan mengimami sembahyang di masjid sekitar Ulu Kelang hari tu.

Dasar DAP kita tahu, dasar PAS kita tahu, dasar PKR ramai yang belum tahu, macam UMNO juga ke? He he he...

7 comments:

Anonymous said...

PKR dan UMNO ni boleh dikatakan dasarnya 2 x 5, PKR tu banyak berasal dari UMNO dan BN jadi ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.

maae said...

STUPID MALAYS at work !!zzz...

Sesiapa sahaja yang menyokong AGENDA TERANCANG kafirun harbi yang tidak lain mencabar Umat Islam Malaysia, maka mereka lah MUSUH ISLAM yang TIDAK BOLEH DI MAAFKAN !!! Ini bukan kebebasan beragama dan berbudaya Malaysia. Ini provokasi melampau. Melawan fitrah sejagat Islam yang sememang nya di sukai musuh Islam.

Kepada Pihak Berkuasa termasuk Raja-Raja Melayu, kenapa diam ??? Ini Negara Kita. Acuan kita. Kenapa di cemarkan ?

Malu teramat malu bersempena Bulan Haji ini. Mahu lihat anak-anak muda melayu mabuk, berpeleseran menongkat maksiat dan kemungkaran ? MASYAALLAH ! Banyak perkara baik lain boleh di lakukan lagi....

Anonymous said...

Chcyfycucycuf

Anonymous said...

Blogger maae, October 7, 2014 at 8:35 AM

Lu berani tanggung jawab apa lu cakap?
Ingat, polis boleh cari lu sampai lobang cacing...

Jangan main-main dengan kuasa sultan.

Anonymous said...

Azmin baru je naik tuan sudah pressure dia. sepatut nya exco Pas lah lebih proaktif

Anonymous said...

Anon 2.16 pm pasal dia baru naik kena kasi supaya dia nanti tak sopmbong

Anonymous said...

Anon 2.16 pm pasal dia baru naik kena kasi supaya dia nanti tak sopmbong

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails