Monday, October 06, 2014

'Masjid terbuka Mini Dhaka’ Al-hamdulillah! M'sia Beri Kemudahan..

Foto
RIBUAN pekerja asing memenuhi ruang jalan sekitar Lebuh Pudu, semalam.

Editor Ibnu Hasyim

KL: Al-hamdulillah! Walaupun masjid di sekitar ibu negara mampu menampung jumlah jemaah untuk mengadakan solat, namun ribuan warga Bangladesh memilih untuk bersolat sunat Aidiladha di atas jalan raya di kawasan Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, semalam seperti lapor 'myMetro'..

"Al-hamdulillah! Memang wajar. Kini kita seperti 'kaum Ansar' atau golongan penolong  semasa Kerajaan Islam Madinah di zaman Nabi Muhammad SAW, yang wajib menolong dan membantu saudara se agama kita iaitu 'kaum Muhajirin' atau orang berhijrah yang perlukan bantuan kita." Jelas editor Weblog Ibnu Hasyim, Hj Mohd Hasyim.

"Terima kasih juga kepada mereka yang berkerjasama membantu cita-cita mulia ini hingga membolehkan jalan di kawasan itu ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 7 hingga 10 pagi bagi membolehkan solat sunat Aidiladha itu dilakukan. Terima kasih banyak-banyak, kerana ini kerja mulia walaupun mereka disebut 'Masjid terbuka Mini Dhaka'.

"Sepatutnya, semangat kepaduan berhijrah ini perlu diperluas dan diperkemaskan lagi, bukan hanya kepada komuniti Islam Bangladesh di sini sahaja, tetapi juga kepada penghijrah-penghijrah seperti dari negara Indonesia, Filipina, China, India dan lain-lain." Jelas Hj Mohd Hasim lagi.

Tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati mereka menghamparkan kanvas di Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, selain ada juga yang membawa sejadah sendiri. Difahamkan kawasan itu mempunyai sebuah surau namun ruangnya tidak mampu menampung jumlah jemaah yang terlalu ramai sehingga berlaku limpahan.

Difahamkan pada tahun 2009, kumpulan pekerja warga asing ini pernah mengemukakan permohonan bertulis kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)untuk menjadikan laluan di kawasan itu sebagai lokasi menunaikan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.  

"Apakah perlu diwujudkan NGO mempereratkan 'golongan Ansar dan Muhajirin' ala Malaysia?" (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails