Monday, October 13, 2014

Senarai Penuh Pimpinan PKR -Pengumuman Wan Azizah.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengumumkan barisan kepimpinan PKR  bagi penggal 2014 hingga 2017. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2014. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengumumkan barisan kepimpinan PKR bagi penggal 2014 hingga 2017. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2014.

PKR hari ini mengumumkan senarai penuh kepimpinannya selepas pemilihan parti itu berlanjutan selama lima bulan sejak Mac lalu, yang mengakibatkan pemilihan semula dan pelbagai insiden tidak diingini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan senarai penuh jawatankuasa parti yang menyaksikan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, dilantik sebagai setiausaha agung, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking dilantik sebagai naib presiden.

“Dengan selesainya pemilihan parti, saya berbincang dengan pimpinan kanan yang lain untuk melengkapkan kepimpinan PKR bagi penggal 2014 hingga 2017.
“Bersesuaian dengan peruntukan perlembagaan PKR, saya dengan ini mengumumkan perlantikan berikut bagi melengkapkan kepimpinan PKR,”  katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Senarai penuh diumumkan selepas kemelut menteri besar Selangor yang berakhir dengan timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, mendapat perkenan Sultan menjawat jawatan itu.

Berikut ialah lantikan pimpinan PKR yang diumumkan hari ini:
Setiausaha Agung: Rafizi Ramli
Naib Presiden: Dr Xavier Jayakumar
Naib Presiden: Darell Leiking
Bendahari Agung: Datin Paduka Tan Yew Kew
Timbalan Bendahari Agung: Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman
 
Pengarah Pilihan Raya: Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Pengarah Pilihan Raya: Nurul Izzah Anwar
Pengarah Strategi: Sim Tze Tzin
Ketua Setiausaha Pengelola: Fariz Musa
Pengarah Komunikasi: Fahmi Fadzil
Pengarah Guaman: Sivarasa Rasiah
Pengarah Latihan: Fuziah Salleh
 
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) secara lantikan:
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Dr Rodziah Ismail
Amirudin Shari
Mohdak Ismail
N. Surendran
Mustapha Sakmud
 
Pengerusi Biro Pemantapan Politik: Chua Tian Chang
Pengerusi Biro Keanggotaan: Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama: Dr Md Nur Manuty
Pengerusi Biro Kemasyarakatan dan Aduan Rakyat: S. Manickavasagam
Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan: Wong Chen
Pengerusi Biro Integrasi Nasional: Dr Edmund Santhara
Pengerusi Biro Sains dan Kesihatan: Dr Azman Ismail
Pengerusi Biro Pendidikan: Abas Awang
Pengerusi Biro Antarabangsa: Gooi Hsiao Leung
Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan DUN: Datuk Johari Abdul
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Perladangan: Shamsul Iskandar Mohd Akin
Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal: Bob Manolan
Pengerusi Biro Pekerja: Abdullah Sani
Pengerusi Biro Kepenggunaan: G. Manivanan
Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan: William Leong
Pengerusi Biro Srikandi: Siti Aishah
Ahli Biro Politik Dilantik:
Dr Syed Husin Ali
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Johari Abdul
Datuk Dr Mansor Othman
N. Surendran
William Leong.
– 13 Oktober, 2014
 
Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?

1 comment:

Anonymous said...

apa makna jadi pemimpin no.1 remote control ('bateri' pun nk abis tu), kalau jelas dan nyata beliau mengaku sudi di arah jadi org suruhan.., sedangkan 'secerdik' najib menggarap tanah melayu skrg pun kena hentam kaw-kaw, apa pulak WAN AZIZAH YG MENGAKU sanggup JADI PAK SANGGUP. lupakan la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails