Friday, October 17, 2014

3 Cerita Bogel Pagi Jumaat Ini.. Di Mana Manfaatnya?


EMPAT pelancong wanita membentangkan tikar sebelum berjemur.

SUDAH beberapa hari weblog ini agak menyepi. Kerana ada sesuatu hal yang tak dapat dielakkan. Pagi ini saya buka weblog lihat berita. Sekurang-kurang ada 3 cerita bogel. Ini tentu topik menarik.

Satu: Berjemur tanpa coli.  Dapatkan akhbar Harian Metro

Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik.

Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan. Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar.

"Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai.
"Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Dua: Mandi bersama wanita berbikini. Dapatkan akhbar Harian Metro
Foto
ANTARA wanita warga Vietnam dan China yang menawarkan khidmat mandi bersama pelanggan diberkas, semalam.

KL: Berselindung di sebalik pusat urutan refleksologi, dua premis di Jalan Sri Petaling, di sini dikesan menjalankan kegiatan maksiat dengan menawarkan pakej mandi bersama dengan wanita berpakaian bikini ditawarkan.

Pelanggan lelaki yang datang ke premis itu hanya perlu membayar sekitar RM100 hingga RM150 untuk mandi sebelum melakukan hubungan seks.

Berdasarkan risikan polis, pusat pelacuran itu yang beroperasi sejak beberapa bulan lalu menjadi kegilaan golongan lelaki tempatan yang mengerumuni premis itu bermula jam 8 malam hingga 2 pagi.

Malah caj murah ditawarkan pusat urutan itu berbanding spa dan lokasi maksiat lain menyebabkan bilangan pelanggan didapati bertambah saban hari. Kegiatan maksiat dianjurkan pusat urutan itu terbongkar selepas Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu dua premis itu serentak awal pagi semalam.

Dalam serbuan jam 1 pagi itu, 18 pelacur warga China dan Vietnam berusia 19 hingga 25 tahun yang bertugas di premis itu diberkas.

Tiga: Tok Hwa berani dedah muka. Kosmo!

SENSASI... Tok Hwa hanya memakai cermin mata hitam semasa dia berada di luar mahkamah.
BALIK PULAU – Seorang wanita yang terlibat dalam penganjuran pesta bogel di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang di sini pada 30 Mei lalu berani mendedahkan mukanya dengan hanya memakai cermin mata hitam di Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini semalam.

Wanita tersebut, Chew Tok Hwa, 57, yang memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang hitam berjalan keluar tanpa menutup mukanya selepas dia menghadiri sebutan semula kes pesta bogel itu yang berakhir pada pukul 9.30 pagi.

Namun, sebelum Tok Hwa keluar, dia dan tiga lagi rakan tertuduhnya yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki sanggup menunggu lebih dua jam di dalam galeri awam di mahkamah berkenaan selepas sebutan semula kes tersebut berakhir di komplek berkenaan bagi mengelak wajah mereka dirakamkan oleh jurugambar.

Komen.. 
Samada kita suka atau tidak berita-berita begini, ia tetap melanda kita. Bolehkah kita gunakan isu-isu begini untuk kepentingan Islam? Di situlah perlunya kebijaksanaan dan kekreatifan umatnya dalam berda'i, menegakkan kebenaran dan kesabaran...  (Ibnu Hasyim)

4 comments:

maae said...

Gambar sape lak kat bawah tuu... he..he.. macam selfie jer...

Benda haram biasa nya seronok. Bila seronok syaiton (syaitan) lah geng nya.. bapa syaiton oktoberfest punya angkara.. menggalakan maksiat sudah jadi kerjaya mewah.


Bila Jabatan Islam pantau, tangkap, dakwa, puak ini (PR) cop zalim, jumud dan apa saja yang buruk terhadap Islam. Pelik nya yang menentang itu melayu konon nya terlalu bijak mengamal Islam ! Hakikat nya mereka sendiri tidak pernah sembahyang... rosak mekanisma masyarakat melayu.

Berita di felda, penyokong tegar pembangkang, anak-anak mereka menganut ajaran sesat ciptaan yahudi... bodoh semacam yang tidak mahu di ajar..

Anonymous said...

Ape yang kamu membebel tu maae..
bukanke hal ini berlaku dalam negara kamu, apa yang kamu buat?
kamu asik sokong umbodo kamu tu

he he he..

Anonymous said...

wow! klau mt sabu @ lebai kulop pas tgk ni kajong terus anunya kahkahkah!

Anonymous said...

kepada Anonymous said...October 17, 2014 at 1:54 PM,

itulah zikir yang mak bapak dia ajar. juga pemimpin umbodo dia ajar.

kesian, asik amalkan ajaran ahli neraka.

Kesian, tarik lembu nak beri dia minum air, tekan tengkuk ke air paksa minum, dia keraskan tengkuk tak mau ikut, kita nak buat apa? Memang perangai lembu macam tu..

he he he

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails