Saturday, October 18, 2014

Nelayan Gaza Diberondong Peluru Tentera Laut Israel

kapal nelayan gaza
GAZA: LIMA nelayan Gaza berjaya selamat selepas kapal yang mereka naiki diberondong peluru Tentera Laut Israel Jumaat (17/10).

Dalam keterangan kapten kapal, Nizar Ayyash, kepada surat khabar setempat mengatakan "kapal perang Israel menembak sebuah kapal nelayan yang sedang turun ke laut di Laut Tengah, yang menyebabkan tenggelam kapal dan lima nelayan yang berada di dalamnya."

Satu orang dilaporkan shock dan kejang akibat insiden tembakan tersebut, dan 4 nelayan lain selamat tanpa adanya kecederaan.

Menurut penuturan nelayan Gaza, hampir setiap harinya kapal perang Israel sengaja mensasarkan nelayan Palestin yang berlayar di laut Tengah, dengan dalih melebihi batasan yang ditentukan kerajaan Israel dalam sekatan laut, udara dan darat di Semenanjung Gaza.

Perlu diketahui bahawa kerajaan Yahudi hanya membolehkan para nelayan Gaza untuk turun ke laut sejauh 6 km dari lepas pantai Gaza. (IH)

http://img.eramuslim.com/media/2013/08/nelayan.jpg
http://sahabatalaqsha.com/nws/wp-content/uploads/2009/08/Perahu-perahu-Nelayan-Gaza-Dihancurkan-Israel-646.JPEG 

http://img.eramuslim.com/media/2014/03/perahu-nelayan-gaza.jpg

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails