Sunday, October 12, 2014

Bajet 2015: Mahasiswa Kecewa k'jaan Tindas Peminjam PTPTN -PMUM





KUALA LUMPUR: Pelajar universiti yang menunggu penuh debar pembentangan Bajet 2015 semalam, akhirnya melahirkan rasa kecewa apabila kerajaan tetap mahu bertindak tegas terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berkata, mereka mengharapkan ada satu jalan keluar dari Bajet 2015 terhadap  174,000 peminjam PTPTN yang kini diancam disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

"Tidak ada manfaat yang dapat diambil (daripada Bajet 2015). Pihak Putrajaya tidak langsung mendengar apa yang mahasiswa mahukan. Mahasiswa kesal dengan perkara itu,' katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PMUM pada bulan lalu mengemukakan cadangan 26 perkara kepada Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi penambahbaikan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) termasuk pendidikan percuma, tetapi tidak mendapat reaksi positif dalam Bajet 2015.

"Cadangan sudah diberikan, sekiranya tidak mampu nak mansuhkan PTPTN, berikan diskaun berpanjangan dan bukan setahun sahaja.

"Diskaun 20% bagi bayaran penuh 'lump sum' itu tidak munasabah. Mahasiswa tidak ada duit sebanyak RM40,000 untuk langsaikan hutang itu sekaligus," katanya. - HARAKAHDAILY 11/10/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails