Sunday, October 12, 2014

Rupanya, Di Melaka Pun Ada Acara Oktoberfest..

Pesta Arak: PAS desak k'jaan Selangor bertindak | Watch the video ...Gambar hiasan
RUPANYA Di Melaka pun ada acara Oktoberfest..  Cuba siasat lagi negeri-negeri lain majoriti Islam di bawah kerajaan BN..

Gambr hiasan
MAKSUDNYA : “ wahai orang-orang beriman, sesungguhnya arak, judi ...
Begini Beritanya..

Melaka pantau Oktoberfest
Melaka: Kerajaan Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat Islam daripada meminum arak pada acara Oktoberfest dijangka berlangsung di Jonker Walk di sini pada 18 Oktrober ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap orang Islam yang didapati meminum arak pada acara berkenaan.

“Saya beri jaminan yang kita akan pastikan orang Islam tidak akan dibenarkan minum arak di sana dan akan bertindak tegas sekiranya menerima laporan yang menyatakan demikian,” katanya selepas istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-76 di Dewan Seri Negeri, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri tidak dapat menghalang orang bukan Islam untuk meminum arak pada acara tersebut kerana tiada peruntukan undang-undang yang melarang perbuatan itu.

Terdahulu, pada istiadat itu, 353 orang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka didahului Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Tiga penerima pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’ termasuk Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Kamarudin Mat Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Dua puluh satu penerima pula dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang turut membawa gelaran ‘Datuk’ antaranya Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Said; Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Tengku Azman Tengku Zainal Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) Datuk Dzulkifli Fadzilah dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda.

Enam belas penerima dianugerahkan Darjah Seri Melaka; Bintang Cemerlang Melaka (32); Bintang Khidmat Terpuji (65); Pingat Jasa Kebaktian (125); Pingat Bakti Masyarakat (76) dan Pingat Khidmat Lama (14). - Bernama.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pegidah UMNO, Capa tak kenal lu pasal arak dari dulu sampai sekarang?

4 comments:

bat8 said...

Tuan Haji

Jika kita melawat ke website penganjur kita akan jumpa senarai dimana Octoberfest 2014 t3lah dan akan diadakan.

Satu maklumat penting tentang Octoberfest 2014 Melaka ini ialah ia diadakan di Jonker Walk, s3batang jalan terbuka yang kawasan tarikan pelancung.

Ia tetap diadakan dikawasan terbuka mengikut KM Melaka. Cuma pegawai2 Agama akan ditempatkan dikawasan tersebut untuk menghalang orang Islam menyertainya. Maknanya kerajaan Islam Melaka MERESTUINYA ATAS ALASAN MENGALAKKAN PELANCUNGAN! INI POKOK CERITANYA....

DImana ISMA,Perkasa? Acara di Melaka ini tidak mencemarkan ugama Islam seperti di Selangor ke? Apakah orang Islam Melaka begitu kuat dan teguh iman mer3ka s3hingga " pesta arak" ini tidak m3ncemarkan imej mereka seperti di Selangor?

Yang paling penting DIMANA PUAK-PUAK UG PAS YANG BERSARANG DIDALAM DEWAN ULAMAK PAS PUSAT? DI mana Dr Khairudin At takiri, Tantawi Velltire, Nik Abduh dan konco-konco mereka? APAKAH BAGI MEREKA OCTOBERFEST 2014 MELAKA INI MENEPATI ISLAM YANG MEREKA PERJUANGAN DALAM UG HANYA KERANA KERAJAAN UBN MELAKA MERESTUINYA?

Dewan Ulamak PAS.M3laka t3lah mebantah. Takkan DUPP, Badan induk Dewan Ulamak PAS peringkat nasional hanya melakukan bantahan secara terpilih bergantung kepada kerajaan mana yang memrintah negeri? KERAJAAN PR S3MUANYA HARAM DAN PERLU DIBANTAH! KERAJAAN UBN S3MUA MENEPATI SYARAK!

INI MES3J PUAK UG PAS YANG BERSARANG DALAM DUPP!

Kita mahu semua ahli DUPP yang hadir dimajlis bantahan Obtobe4fest 2014 di 1 Utama hadir membuat protest/bantah yang sama di Melaka tak kira Perkasa anjur atau tidak didalam majlis itu.

Anonymous said...

Sdr bat8..

Saya setuju pandangan sdr membenteras mungkar bukan pilih tempat diamana sahaja kalau ada pesta arak bantahlah jangan pilih-pilih..

Teguran ulamak Pas untuk pesta ini mesti jujur dan ikhlas kerana ALLAH kalau kerana kepentingan puak mereka sendiri adakah ianya menepati Syarak..

Itulah jadinya kalau ADA ulamak yang sudah cintakan dunia..

Anonymous said...

Pak Ibnu Hisyam, sokong siapa pulak agak nya UG (Ustaz Gila) kot, Berlaku adil lah jgn ikut UG (Ustaz Gila)

Anonymous said...

Aku nak berkawan dgn Melayu peompak penyamun khianat perogol pemaksiat Dan mcm mcm lagi maksiat pasal dia Melayu Islam Dari orang kafir yg hendak KEADILAN, (sifat MAHA SUCI ALLAH)
UG UG UG APA KO ORANG BUTAHATI

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails