Sunday, October 12, 2014

Pengikut Abu Bakar Bashir Pun Dihalang Masuk Malaysia.






Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan buku 'A Policeman' hasil karya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri di Kuching, malam Sabtu. Foto BERNAMA
Abu Bakar Bashir, de militante geestelijke die in juni werd ...

Pemimpin Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) Abu Bakar Bashir

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk menghalang pengikut pemimpin Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) Abu Bakar Bashir dari masuk ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid berkata, ini berikutan seramai 350 pengikut pemimpin berkenaan yang kini menjalani hukuman di penjara-penjara Indonesia dijangka akan dibebaskan tahun depan.

"Saya telah minta PDRM dan Jabatan Imigresen untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia seperti penjara, polis dan imigresen kerana kita tidak akan izinkan bekas-bekas banduan daripada pengikut Abu Bakar Bashir ini masuk ke Malaysia ataupun menggunakan Malaysia sebagai tapak untuk mereka memperluaskan 'sikap militan'," katanya.

Ini kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya bersikap militan yang cenderung menggunakan keganasan sebaliknya Islam mengajar kesederhanaan, katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2014, di sini Sabtu.
Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Pada majlis yang sama beliau melancarkan buku bertajuk 'A Policeman' hasil karya Wan Junaidi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat sebagai polis.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pada Jumaat beliau telah mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menghalang Ketua Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL), Dr. Ulil Abshar Abdalla dari masuk ke negara ini.

"Pihak polis telah mendapat beberapa laporan menyatakan jika beliau memberikan ceramah atau menghadiri program anjuran beberapa badan bukan kerajaan tindakan itu boleh merosakkan bukan sahaja akidah orang Islam tetapi juga akan menyeleweng pegangan kita sebagai Ahli Sunah Wal Jamaah," katanya.

Ahmad Zahid berkata, larangan itu akan berkuatkuasa sehingga Ulil didapati tidak membahayakan.
Ulil dijadualkan datang ke negara ini untuk menghadiri satu diskusi yang akan dianjurkan di Bukit Damansara pada 18 Oktober ini. (mStar)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails