Thursday, April 12, 2018

Bohong! Guna Petikan Tok Guru Nik Aziz.



Saya hairan kenapa puak-puak PAN (IKRAM) dan PAKATAN HARAPAN suka menyebar fitnah dan bohong sedangkan Allah melarang perkara ini. Mereka mengamalkan politik menghalalkan cara sedang Islam ajar kita berhati-hati dalam perkara berhubung fitnah.

Sebelum ini mereka buat petikan Nik Abdul Nik Abdul Aziz dengan kata-kata dan tarikh petikan itu diucapkan sedang perkara itu adalah berbohong semata-mata. Malah salah seorang ahli panel NUNJI PARTI PAN (AMANAH) juga penyebar maklumat palsu tersebut. 


Dia dalam kuliah selalu cakap jangan buat fitnah tapi selepas kuliah dia yang sebar fitnah. Ilmu yang yang diajar tidak lagi boleh meresapi bukan di kalangan pendengar tetapi pada dirinya sendiri. Betullah kata-kata HATI YANG MATI TIDAK DAPAT MENGHIDUP HATI-HATI MATI YANG LAIN. 

Saya telah menulis sebelum ini. Anda boleh baca di sini.

Dulu kita pernah dengar hadis palsu dikalangan pengikut mazhab. Nak tunjukkan mazhabnya baik mereka reka hadis palsu. Akal kita macam tak percaya orang warak dalam sesuatu mazhab sanggup reka hadis semata-mata nak tunjukkan mazhabnya betul dan mazhab orang lain salah.

Kalau kata-kata nabi boleh dipalsukan.
Apalah sangat dengan kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Mereka tahu pembaca di media sosial buka buat kaji selidik maklumat itu betul atau salah.

Saya kebetulan suka menyimpan petikan keseluruhan rakaman muktamar PAS (sukar juga nak dapatkan rakaman keseluruhan, tapi kini mudahlah kerana ada siaran live).


# saya malas nak upload kerana ada banyak versi ucapan termasuk temubual dengan wartawa

Saya mendengar ucapan TGNA sepanjang Muktamar 2008.

TGNA ada menyebut PAS perlu perkemaskan PAKATAN RAKYAT kerana PR lebih peting daripada 5 negeri yang diperolehi. (Pakatan Rakyat terbentuk selepas PRU 2008 sebelum itu pembangkang PAS, DAP dan PKR hanya bekerjasama sahaja - ramai salah anggap bahawa PRU 2008 adalah PRU PAS bersama PR)

TGNA juga menyebut kalau nak berbaik dengan UMNO hanya untuk MURBALAH sahaja dan sebaik-baiknya mendekati UMNO untuk "mampus"kan. TGNA memberikan ibarat sepohon pokok yang besar jika semua dahannya dipotong pasti pokok itu akan mati.

JIKA ANDA JUMPA PETIKAN APA-APA DARIPADA PARTI PAN (IKRAM) DAN PAKATAN HARAPAN ANDA PERLU BERHATI-HATI kerana MEREKA INI "kalis neraka" walaupun solat tapi suka sebar FITNAH. Mereka tak rasa berdosa pun.

Kalau Ahli PANEL NUNJI boleh sebar fitnah, yang lain apa lagi!

5 comments:

Anonymous said...

mANA ADA FITNAH. INI SEMUA BENAR BELAKA. SAYA PAKAI HUJAH ISMA. SEBUAH GERAKAN ISLAM YG MODERATE

http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

Anonymous said...

BEDASARKAN FAKTA DIATAS

DAP = ANTI ISLAM
PH = DAP PUNYA
PAN + bERSATU + PKR = MENUMPANG DALAM PH DAN JADI MACAI DAP
PKR = BAGI LOGO KAT DAP = TOLONG DAP = TOLONG ANTI ISLAM

UNDI DAP = UNDI ANTI ISLAM
UNDI PAN = UNDI DAP = UNDI ANTI ISLAM
UNDI PkR = UNDI DAP = UNDI ANTI ISLAM
UNDI BERSATU = UNDI DAP = UNDI ANTI ISLAM
UNDI ANTI ISLAM = UNDI ABU LAHAB

Anonymous said...

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous said...

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/senarai-kenyataan-pemimpin-dap-perlekeh-islam/

Senarai Kenyataan Pemimpin DAP Perlekeh Islam

KUALA LUMPUR – Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff dalam satu kenyataannya baru-baru ini menyenaraikan beberapa fakta yang mengambarkan DAP sebuah parti politik anti-Islam.
Beliau dalam kenyataan itu itu turut berhujah tentang kajian Institut Darul Ehsan milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor antara 13 hingga 15 November 2015 juga mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti-Islam.

Selain itu, katanya, sikap DAP ke atas Islam itu turut tergambar dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa matlamat DAP adalah untuk mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal.

Tambah beliau, Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan.

“Apa yang ada di dalam Perlembagaan DAP hanyalah mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi. Perjuangan para pemimpinnya lebih tertumpu kepada kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam,” katanya.

Kenyataan Kamarul Zaman itu disiarkan semula oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Facebook beliau hari ini.

Kamarul Zaman turut mengemukakan kenyataan terbaru beberapa pemimpin DAP yang mendedahkan sikap anti-Islam parti itu seperti berikut:

– Zairil Khir Johari mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.

– Lim Kit Siang mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari 2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi.

– Tony Pua mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014.

– Kritikan Chong Eng pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.

– Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang mengganggu bukan Islam.

– Teresa Kok pada 22 Julai 2016 mempersoalkan kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

– Damian Yeo Shen Li mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.

– Sindiran sama disuarakan pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan di media sosial pada Mac 2016 dan kemudian dipadamkan.

– Nga Kor Ming pada Disember 2015 menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’

– Datuk Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014 supaya umat Islam diberikan kebebasan keluar Islam.

– Penentangan keras pemimpin DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah.

Untuk rekod, sekutu DAP dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) turut membantah cadangan meminda akta yang dikemukakan PAS di Parlimen yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2017/07/27/penghinaan-melampau-dap-terhadap-islam-perlembagaan-malaysia/

Penghinaan Melampau DAP Terhadap Islam & Perlembagaan Malaysia

DAP kononnya berpegang kepada Perlembagaan Malayia padahal dasar-dasar parti cauvinis itu menghina dan berlawanan dengan Perlembagaan.

Di antara dasar songsang parti DAP ialah;

a. Penghapusan pembahagian antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera” dan perlaksanaan kesaksamaan etnik

b. Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar ‘merit dan keperluan’


2. Dasar DAP ini menyesatkan dan melanggar Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang jelas menggariskan kedudukan istimewa Bumiputera dan perizaban kuota.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

3. Deklarasi Setapak 1967 masih lagi terpampang di dalam web rasmi DAP tanpa mereka rasa malu bersalah. Ini secara tidak langsung menunjukkan DAP masih berpegang kepada deklarasi itu. ( https://dapmalaysia.org/parti/matlamat/deklarasi-parti/deklarasi-setapak/) Deklarasi DAP ini sangat jelas telah menghina perlembagaan Malaysia yang telah menggariskan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

” Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ diTENTANG” – Deklarasi Setapak.

4. Cauvinis DAP juga memperjuangkan dasar ‘pengembalian pilihanraya majlis tempatan’. Padahal, pada 14 Ogos 2014, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Prai 2012) yang diluluskan DUN Pulau Pinang pada 2012 adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang diluluskan Parlimen.

5. Turut dipersoalkan ialah Fasal II (Matlamat-matlamat) Perlembagaan parti DAP perenggan 4 iaitu :

Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi;

6. Perenggan 4 Fasal II ini tidak menyatakan yang parti DAP mengiktiraf agama Islam sebagai agama Persekutuan. Ianya juga telah melanggar Perkara 11 (Kebebasan beragama) dalam Perlembagaan Malaysia yang jelas menyatakan :

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails