Wednesday, April 11, 2018

Hak Demokrasi Rakyat Dirompak SPR -Tuan Ibrahim.



PAS mengecam keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih 9 Mei untuk melaksanakan pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata langkah SPR itu dianggap sebagai merompak hak rakyat negara ini untuk memilih kerajaan.
Kata Tuan Ibrahim pemilihan tarikh itu juga membayangkan BN sedang menghidu 'tsunami rakyat' yang kini beralun kencang mahu menolak parti berkenaan.

"Walaupun kerajaaan boleh mengisytihar cuti umum pada hari berkenaan, ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil kerana 9 Mei itu ada di pertengahan hari minggu.
"Bebanan kepada semua rakyat akan terus ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu SPR memanggil sidang media di Putrajaya bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi selepas parlimen dibubarkan pada 7 April lalu.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menyatakan hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu, 28 April manakala pembuangan undi pada Rabu, 9 Mei.

Kebiasaannya hari mengundi ditetapkan pada Sabtu atau Ahad bagi memudahkan sebahagian besar rakyat negara ini menyertai PRU.
Bagaimanapun sidang media SPR itu berakhir tanpa Mohd Hashim meluangkan masa untukmenjawab soalan-soalan wartawan.

Adakah majikan mengizinkan

Kata Tuan Ibrahim langkah SPR itu bertentangan dengan hasrat badan terbabit mahu menggalakkan orang ramai keluar mengundi beramai-ramai.

"Apa gunanya SPR membuat gesaan agar rakyat mendaftar untuk mengundi dan menyasarkan 85 peratus pemilih keluar mengundi pada PRU ke-14 apabila melaksanakan engundian di hari bekerja?" katanya.


Menurut beliau PAS akan mengadakan mesyuarat segera esok bagi membincangkan langkah selanjutnya.

"Namun PAS tetap mengecam tindakan SPR ini yang merompak demokrasi," katanya.

Tuan Ibrahim berkata tidak dapat dipastikan sama ada kakitangan swasta - terutama yang berada jauh dari tempat mengundi - sanggup mengambil cuti sehari semata-mata untuk kembali mengundi.

Katanya mereka juga tidak dapat dipastikan sanggup mengorbankan cuti selama tiga hari sebagai tambahan cuti hujung minggu untuk memudahkan perjalanan jarak jauh.

"Apakah majikan swasta akan mengizinkannya, terutamanya bagi semua perantau yang bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur atau luar negara?" katanya.

PAS kata Tuan Ibrahim tidak nampak SPR ada masalah untuk mengadakan pembuangan undi pada Sabtu 5 Mei sekali gus memudahkan semua pengundi. (TKO)


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

5 comments:

Anonymous said...

kita wajar menolak semua komponen Pakatan Harapan kerana DAP adalah anti Islam. PH dipunyai oleh DAP dan PKR pula memberi logo mereka sebagai logo komponen PH

http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

Tolak Pakatan Harapan kerana DAP adalah anti Islam. Tidak kepada PAN, Bersatu dan PKR

http://v2.ismaweb.net/2016/06/haram-umat-islam-bersekongkol-dengan-dap-mufti-pahang/

Haram Umat Islam Bersekongkol Dengan DAP: Mufti Pahang

KUALA LUMPUR, Jumaat – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa adalah haram dan berdosa kepada mana-mana umat Islam yang menjalinkan kerjasama dan bersekongkol dengan parti rasis dan cauvinis DAP.

Ini kerana katanya, DAP dengan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular.

Jadi mereka dalam parti rasis itu adalah tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Beliau berkata, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama d­ngan mereka.

“Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” katanya memetik Utusan.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

Haron menyifatkan tindakan Dr Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan mengundang banyak perkara negatif.

Justeru, Abdul Rahman meminta Tun Mahathir untuk segera meninggalkan DAP dan kembali ke landasan yang benar apatah lagi tindakan beliau menjurus kepada usaha untuk menjatuhkan sebuah negara Islam.

“PAS dahulu buat kesilapan dengan bersekongkol dengan DAP sebelum mereka menyedari bahawa parti berkenaan memusuhi Islam. Saya harap Tun Mahathir perbanyakkan istighfar dan hentikan jalin kerjasama dengan DAP,” katanya.

Anonymous said...

Yg penting kita semua keluar mengundi.

ABCD

Asal bukan Condong DAP

Katakan NO kepada DAP PAN PKR dan Bersatu

Anonymous said...

Kaki fitnah hamba abdi DAP Ni kalau mampouihh..Tak Tau laa cmana dalam kubur

Anonymous said...

``Berat mnanang doh ni boh!,....

Ucapan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi bahawa malaikat akan datang menolong parti itu dalam pilihan raya nanti kini menjadi tular di media sosial.

“Jadi dalam pilihan raya boleh tak Allah hantar malaikat bawa IC beratur pergi mengundi? Boleh tak? Senang sangat adik-kakok,” kata penceramah Pas yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Ja.............laaaa........

TITM,....harap cepat2 bawok gi jumpa tok guru marang sebulom dia ``mereng``!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails