Thursday, April 12, 2018

Bekas Naib Presiden Kelab Umno Sertai PAS



BALING: Misi PAS untuk kembali menerajui Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini tambah bersemangat dengan penyertaan bekas Naib Presiden Kelab Umno di Kaherah.

Sollehuddin Lebai Yaacob bersama Umno selama 38 tahun mengambil keputusan meninggalkan parti itu sempena program ceramah di tapak Pondok Ittifaqiah Kampung Charuk Puteh.

Beliau bersama 30 ahli Umno menyerah borang kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Turut hadir pada program bersejarah itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Najmi Ahmad dan ahli jawatankuasa PAS Baling.

Sollehuddin berkata, beliau menyertai PAS setelah melihat Umno tidak mampu lagi untuk menjaga hak Islam dan orang Melayu. – HARAKAHDAILY 11/4/2018


 Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

9 comments:

Anonymous said...

DAP Berselindung Di Sebalik PKR kerana rahsia anti islam mereka sudah terbongkar.

Wahai mukminin di Malaysia marilah kita menolak DAP kerana polisi anti Islam dan menolak tali barut DAP yakni PKR, PAN dan Bersatu

Anonymous said...

Mari kta ajar Pakatan Harapan kerana berkiblatkan golongan yg anti Islam

Undi DAP = Undi Anti Islam
Undi PAN = Undi DAP = Undi Anti Islam
Undi PKR = Undi DAP = Undi Anti Islam
Undi Bersatu = Undi DAP = Undi Anti Islam

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

Anonymous said...

Wan Ji (Ahli PKR) Pengkhianat Ugama, Bangsa, Raja dan Negara adalah ahli PKR dan bertugas di Kerajaan Pulau Pinang

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/04/409753/terbit-perkataan-menghasut-wan-ji-dipenjara-9-bulan

Terbit perkataan menghasut, Wan Ji dipenjara 9 bulan

SHAH ALAM: Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin yang sebelum ini didakwa menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan itu terhadap Wan Ji, 35, yang disabitkan dengan kesalahan menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama pada 2012.

Bagaimanapun, beliau membenarkan permohonan peguam untuk penggantungan hukuman itu dan membebaskan Wan Ji dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu proses rayuan.

Wan Ji didakwa pada 10 September 2014 kerana menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam laman sosial Facebook dengan nama wanji.attaaduddi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, pada jam 10 pagi, 5 November 2012.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Naliatul Huzaimi Ab Rasip ketika berhujah, berkata tertuduh didakwa menerbitkan enam penerbitan yang menghasut di laman Facebook yang menghina Sultan Selangor.

Susulan itu, katanya, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan seterusnya boleh dipenjara maksimum lima tahun.

"Dalam kes ini, tertuduh membuat penerbitan itu dalam Facebook yang boleh dicapai di serata dunia.

"Penggunaan ayat dalam penerbitan itu adalah kasar bukan saja terhadap Sultan Selangor, malah kepada mana-mana individu.

"Perkataan itu sangat menghina Sultan Selangor dan mencakupi kecenderungan menghasut. Saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman untuk mempertimbangkan setiap perkataan digunakan tertuduh dalam penerbitan menghasut itu terhadap Sultan Selangor," katanya.

Naliatul Huzaimi berkata, baru-baru ini undang-undang membabitkan berita palsu turut dibentangkan di Parlimen, sekali gus menunjukkan kerajaan serius membendung berita tidak benar.

Sementara itu, peguam Mohd Radzlan Jalaludin yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah, Wan Ji adalah penanggung tunggal keluarganya yang mempunyai lima anak dan seorang isteri tidak bekerja.

Katanya, tertuduh sebelum ini adalah penceramah bebas, namun sejak lapan bulan lalu dia bekerja sebagai Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Tidak pasti sampai bila beliau akan bekerja di situ kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan sama ada hari ini atau esok," katanya.

Mohd Radzlan berkata, jika tertuduh dipenjarakan, sukar untuk isterinya yang menghidap kencing manis menanggung anak mereka berusia antara satu bulan hingga 13 tahun.

Anonymous said...

Disertakan dibawah adalah link2 yg menunjukkan kekurang ajaran YB Mahfuz Omar kepada Istana. Mohon tuan dapat forward kepada rakan2 PAS untuk dikomen dan dijadikan hujah. Lebih molek jika laporan kepada pihak berwajib dilakukan kepada Mr Mahfuz. Nampak sangat keceluparan dan kurang ajar Mahfuz ni.

Link dan copy paste dari Malaysiakini

https://www.malaysiakini.com/news/411924

Mahfuz cadang darjah kebesaran pemimpin kleptokrat ditarik

Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata penarikan semula darjah dan bintang kebesaran beberapa pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadikan anugerah darjah dan bintang kebesaran itu tidak bernilai lagi di mata rakyat.

Ini kerana, menurutnya, perkara itu terjadi ketika pemimpin kleptokrat yang ditolak rakyat masih menyandang anugerah-anugerah dan gelaran-gelaran tersebut.

"Syabas Tun Dr Mahathir Mohamad, Husam Musa dan Wan Abd Rahim Wan Abdullah kerana berjiwa besar. Setiap manusia lahir hanya dengan gelaran sebagai hamba Allah dan tiada apa yang perlu dibangga dengan setiap gelaran.

"Penarikan balik darjah dan bintang kebesaran ini menjadikan anugerah darjah dan bintang kebesaran sudah tidak bernilai di mata rakyat apabila pemimpin kleptokrat yang ditolak rakyat dilihat masih menyandang anugerah-anugerah dan gelaran-gelaran tersebut," katanya.

Mahfuz berkata demikian selepas pihak istana Kelantan menarik semula darjah dan bintang kebesaran Pengerusi HARAPAN, Dr Mahathir, Husam, dan Abdul Rahim.

Menurut Mahfuz lagi, gelaran dan pangkat yang dipegang oleh pemimpin yang terlibat dalam kleptokrasi akan memberi persepsi yang tidak baik kepada rakyat.

Justeru, menurut Mahfuz, Majlis Raja-Raja Melayu perlu menangani perkara itu.
"Sewajarnya Majlis Raja-Raja Melayu perlu memadamkan pesepsi ini agar rakyat tidak menyalahkan Raja-Raja Melayu atas kerosakan negara akibat dari kerajaan dan tangan pemimpin klaptokrat Umno-BN.

"Apa yang semua rakyat mahukan adalah institusi Raja-Raja Melayu dipertahan dan dihormati," katanya.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411924#XtaZca8kZABeeAJ6.99

Anonymous said...

://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous said...

Poraahhh... DAP juga yg disalahkan...salah UMNO buat2 tak nampak... entah2 kehidupan cari nafkah seharian korang pun dengan cina juga... asal cina DAP...

Anonymous said...

Kira hang redha la DAP hina agama hang

Anonymous said...

kenapa kegagalan 355 disalahkan dap?

itu urusan umno dan pas... tkde sapa kacau pun.

cara menguruskan 355 yg dangkal disalahkan dap.

tk lama nanti pas akan tuduh jho low pun dap sebb dia
anak kelahiran p.pinang.

isu 1mdb senyap seribu Bahasa puashati. dah tk faham
terus puashati.

Anonymous said...

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails