Friday, October 11, 2019

Baru 10 Minit M/Kewangan Bentang Dewan Kecoh. Ini 6 Sebab?


MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng, melakukan pembentangan Belanjawan 2020 di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali  

KUALA LUMPUR: Baru 10 minit Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, membacakan laporan Belanjawan 2020, Dewan Negara kecoh apabila beliau menyentuh penyelewengan kerajaan terdahulu.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, meminta Ahli Parlimen bersabar.

“Ini belum masanya untuk berdebat,” kata beliau. Guan Eng kemudian meneruskan ucapan.

Adakah kerana ini sebabnya?
Hasil carian imej untuk lim guan eng
Menteri Kewangan tidak layak bentang Belanjawan? 6 Sebab.

BELANJAWN adalah instrumen terpenting dalam urusan pentadbiran dan kewangan kerajaan.
Penyediaan belanjawan melibatkan proses perbincangan dan penelitian yang panjang, bermula dengan menggariskan matlamat dan sasaran yang ingin dicapai, seterusnya memperincikan sumber pendapatan dan anggaran perbelanjaan bagi tempoh setahun yang mendatang.
Setiap hasil pendapatan kerajaan, sama ada sumber cukai dan bukan cukai, perlu diurus dengan baik bagi menampung perbelanjaan pembangunan dan pengurusan kerajaan, demi memenuhi keperluan negara dan kebajikan rakyat yang tidak berkesudahan.

Di sinilah pentingnya seorang Menteri Kewangan dilantik untuk merancang dan mengurus perbendaharaan negara dengan penuh integriti, kredibiliti dan kebolehpercayaan.
Namun mutakhir ini, YB Menteri Kewangan dilihat terbeban dengan pelbagai kes salahlaku dan jenayah melibatkan beberapa pemimpin DAP sehingga boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap beliau sendiri, parti DAP yang diwakilinya serta pihak kerajaan, antaranya:
  1. Pada 3 September 2018, pertuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah lot banglo di Pulau Pinang telah ditarik balik oleh Peguam Negara. Perdana Menteri dan SPRM terkejut dengan keputusan mahkamah yang membebaskan Lim Guan Eng.
  2. Pada 11 Februari 2019, Lim Guan Eng mempertimbangkan tindakan saman kepada pihak yang mempertikaikan kelayakan beliau sebagai seorang akauntan bertauliah, ketika timbul kontroversi berkaitan kelayakan akademik palsu beberapa pemimpin Pakatan Harapan.
  3. Pada 26 November 2018, seorang Exco DAP Selangor membuat hantaran berbaur perkauman di Facebook, sehari sebelum rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya yang meragut nyawa seorang anggota Bomba, Allahyarham Muhammad Adib.
  4. Pada 23 Ogos 2019, seorang Exco DAP Perak mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia. Kes ini turut menarik perhatian negara jiran dan dilihat boleh menjejaskan hubungan baik Malaysia-Indonesia.
  5. Pada 8 Oktober 2019, seorang Ahli Parlimen DAP dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak Polis berhubung status Facebookyang dimuat naik dalam akaun yang dikaitkan dengannya, kerana menghina Sultan Selangor.
  6. Pada 10 Oktober 2019, dua Adun DAP ditahan Polis kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengganas LTTE. Kes disiasat di bawah Akta SOSMA.

Tidak hairanlah banyak pihak sudah mula mempertikaikan kredibiliti dan kelayakan YB Lim Guan Eng untuk memegang jawatan terpenting ini, apatah lagi untuk membentangkan Belanjawan 2020 dalam situasi ekonomi negara yang sangat mencabar.
Sukar untuk dipastikan apakah kesudahan Belanjawan 2020, yang pastinya mengundang perbahasan hangat di dalam dewan Parlimen, mahupun di luar dewan.
Adakah ini belanjawan terakhir yang dibentangkan oleh YB Lim Guan Eng? Tiada yang mustahil dalam politik Malaysia. – HARAKAHDAILY 11/10/2019
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails