Sunday, October 06, 2019

Amaran! Langgar Perjanjian Kerakyatan Dibatal? -Kongres Maruah Melayu.


Sebahagian daripada peserta Kongres Maruah Melayu membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam.

Ketua penganjur Kongres Maruah Melayu Zainal Kling menyampaikan ucapan pembukaan.
Kongres Maruah Melayu beri amaran jangan langgar kontrak sosial

SHAH ALAM: Ketua penganjur Kongres Maruah Melayu di sini hari ini mengingatkan masyarakat lain tentang kontrak sosial mereka dengan orang Melayu dengan berkata, ia merupaksan asas mereka diberikan kerakyatan yang boleh dibatalkan sekiranya perjanjian itu dilanggar.

Memetik ayat al-Quran, Zainal Kling berkata, orang Melayu yang “mewarisi negara ini sejak lebih 5,000 tahun”, boleh membatalkan kontrak sosial dengan orang bukan Melayu, selain menambah mereka merupakan pemilik sah negara ini.

Beliau berkata demikian kepada beberapa ribu hadirin yang berhimpun di Stadium Malawati di sini, dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menyampaikan ucaptama beliau.

Turut hadir pemimpin Umno dan PAS.

Zainal berkata, orang Islam dibenarkan menamatkan perjanjian dengan orang bukan Islam sekiranya mereka melanggar syarat perjanjian.

Beliau berkata, Malaysia adalah negara orang Melayu sebagaimana Thailand merupakan negara orang Thai, China untuk orang Cina dan India negara orang India.
Kongres Maruah Melayu merupakan anjuran bersama Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Penganjur berkata, ia akan memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi orang Melayu dalam bidang pendidikan, agama, kebudayaan dan ekonomi.
(https://theworldnews.net)
Sebahagian daripada peserta Kongres Maruah Melayu membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam
Hasil carian imej untuk tunku merdeka


Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails