Monday, October 07, 2019

Tun M, Menurut Syed Husin Ali.. Sedang Kumpul Kekayaan Untuk Kroni&Anak


Penasihat PKR Dakwa Mahathir Sedang Kumpul Kekayaan Untuk Kroni dan Anak
PENGASAS bersama PKR, Syed Husin Ali mendakwa mempunyai bukti menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad sedang mengumpul kekayaan di kalangan kroni dan anak-anaknya.
“Banyak syarikat dan projek diberikan kepada kroninya, terutama (pengerusi Majlis Penasihat Negara) Daim Zainuddin, (ahli perniagaan) Syed Mokhtar Albukhary serta anak-anaknya,” katanya dipetik Malaysiakini dalam satu wawancara.
Menurut Syed Husin: “Mahathir sudah menjadi dirinya yang dulu, terutama beberapa bulan kebelakangan ini. Mahathir yang dulu bermakna dia diktatorial atau autoritarian.”
Antara perkara yang mendapat perhatian sebelum ini ialah apabila kerajaan mengalihkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk Khazanah Nasional, daripada Kementerian Kewangan kepada Jabatan Perdana Menteri, manakala Petronas dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Langkah itu membolehkan perdana menteri mengawal Khazanah, sebuah syarikat pelaburan kerajaan.
Malaysiakini dalam laporan wawancara itu turut memetik ahli akademik dari Universiti Malaya Terence Gomez menyuarakan kebimbangan kerajaan kembali mengamalkan politik naungan.
Syed Husin turut mengkritik penubuhan entiti seperti Syarikat Menteri Besar Diperbadankan (MBI) dan Perbadanan Ketua Menteri (CMI), yang menurutnya memberikan kuasa hampir mutlak kepada ahli politik dalam soal pembahagian sumber di negeri masing-masing.
Ketika Mahathir kembali sebagai perdana menteri susulan PRU ke-14, Syed Husin berkata, beliau sanggup mendengar pandangan berbeza.
Katanya lagi, Mahathir dilihat sebagai pemimpin yang sudah berubah, terutama dengan melepaskan portfolio pendidikan selepas sejumlah pihak membangkitkan yang ia bertentangan dengan manifesto PH.
Bagaimanapun, Syed Husin berkata keadaan kini berbeza.
“Cara autoritariannya dilihat terutama kebelakangan ini apabila dia membuat keputusan secara sendiri,” katanya.
Beliau membangkitkan bagaimana lima senator Bersatu dilantik beberapa bulan lalu, walaupun Mahathir pada mulanya hanya setuju untuk dua senator ketika mesyuarat Majlis Presiden PH.
Selepas meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden PKR pada 2010, Syed Husin berkata beliau memilih untuk menjadi lebih ‘low profile’ dan menumpukan kepada penulisan.
Bagaimanapun beliau terpanggil untuk memberi pandangan selepas Mahathir terus membuat kenyataan bernada kabur berkenaan peralihan kuasa kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Beliau mengeluarkan kenyataan keras selepas Mahathir berkata ada masa tiga tahun untuk memegang jawatan itu, dan tidak boleh menjamin penggantinya dapat menjalankan tugas dengan baik. – NewMalaysianPost

Lihat rumah ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails