Wednesday, September 18, 2019

Penduduk S/Buluh Terkejut Roboh Rumah Esok.. Double Standard?


SHAH ALAM: Penduduk Sungai Kedongdong, Paya Jaras Hilir di Sungai Buloh hari ini terkejut apabila dapat tahu bekalan elektrik dan air akan dipotong untuk proses perobohan rumah pada esok hari.
Menurut Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak, Azroy Manaf, tiada sebarang notis pemberitahuan diberikan kepada penduduk berhubung perkara itu.
Jelasnya, Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini melalui perbincangan awal antara wakil peduduk dengan pihak kerajaan negeri sudah bersetuju menangguhkan seketika proses perobohan rumah sehingga tempoh yang akan ditetapkan.
"Kita telah meminta campur tangan daripada YB Sivarasa (Ahli Parlimen Sungai Buloh) telah pun melanjutkan kepada Menteri Besar. Sepatutnya kami berpindah pada 5 September lalu, namun ditangguh sehingga 16 September. Itu perbincangan awal dengan YB Sivarasa dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Borhan Aman Shah
"Sepatutnya pada 10 September juga ada perbincangan lanjut seperti yang dirancang oleh YB Sivarasa untuk bincang bersama YB Khairuddin (Adun Paya Jaras), Menteri Besar dan pihak pejabat tanah, tetapi perbincangan itu langsung tidak ada.
"Dikatakan tiada apa-apa 'appoinment' di SUK (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri) apabila kami sudah ke sana, semua pihak yang bertanggungjawab juga tidak ada," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Surau Paya Jaras Hilir hari ini.
Malang sekali katanya, pada 14 September penduduk mendapat maklumat bahawa akan berlaku pemotongan bekalan elektrik dan air pada 17 September (hari ini) serta perobohan rumah akan berlangsung pada 18 September (esok).
Jelasnya, perkara itu langsung tidak diberitahu kepada penduduk, malahan penduduk masih berpegang dengan janji kerajaan negeri bahawa tidak akan ada sebarang tindakan atau perobohan berlaku sehingga November 2019.
"Kami memegang kenyataan awal YB Sivarasa yang beranggapan tiada perobohan sehingga November, tetapi hari ini lain pula apabila perobohan akan dilakukan pada esok hari," katanya.
Sebanyak 92 rumah akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pelebaran Sungai Kedongdong bagi menyelesaikan masalah banjir yang kerap berlaku.
Pada 4 September lalu, pihak kerajaan negeri menerusi Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Parlimen Sungai buloh, R Sivarasa telah memberi jaminan kepada penduduk yang turun berhimpun secara aman di luar pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa tidak akan berlaku sebarang tindakan atau perobohan rumah sehingga bulan November. – HARAKAHDAILY 17/9/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Lihat rumah ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..
Menurut laporan, 'Pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak merojok balik aduan sebelum ini kira-kira setahun lalu, dan mendapati 'perintah mengosongkan tanah tapak rumah setinggan' tersebut, telahpun dikeluarkan. Tetapi sampai sekarang 'rumah haram' setinggan yang kebal tersebut tidak berusik, bahkan dibesarkan pula berkali-kali ganda. "

Sedangkan berita di atas, "Penduduk Sungai Kedongdong, Paya Jaras Hilir di Sungai Buloh hari ini terkejut apabila dapat tahu bekalan elektrik dan air akan dipotong untuk proses perobohan rumah pada esok hari. Menurut Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak, Azroy Manaf, tiada sebarang notis pemberitahuan diberikan kepada penduduk berhubung perkara itu."

Double standard jenis apa begini?


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

2 comments:

Anonymous said...

Double standard jenis babimenyondol la tu kalau en. ibnu hashim nak tau.

Unknown said...

Undi PH..dapat bonus roboh rumah free..hidup sivarasa hidup PH..tahniah melayu SELANGOR

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails