Monday, September 16, 2019

Wanita Saudi (7). Kebebasan Keluar Negara..


Wanita Arab Saudi bebas keluar negara akhir tahun ini.

NEW YORK: Wanita Arab Saudi akan dibenarkan keluar negara tanpa kebenaran saudara lelaki, seawal tahun ini, di bawah rancangan reformasi undang-undang, lapor laman berita DailyMail, semalam.
Mengikut undang-undang ‘penjagaan’ semasa negara itu, wanita pada semua usia perlu mendapatkan kebenaran saudara lelaki untuk pergi ke luar negara atau memiliki pasport.
Undang-undang itu sudah dilonggarkan untuk membenarkan wanita memandu dan reformasi akan diperluaskan kepada membenarkan mereka keluar negara, menurut beberapa laporan.
Agensi media yang berpangkalan di New York, Wall Street Journal melaporkan beberapa pegawai Arab Saudi memaklumkan perubahan itu akan berkuatkuasa, tahun ini.
“Jelas kepimpinan, kerajaan dan rakyat mahu sistem ini berubah. Perbincangan kini tertumpu kepada bagaimana untuk melaksanakannya secepat mungkin tanpa mencetuskan kekacauan,” kata salah seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri negara itu perlu menyediakan satu dokumen perjalanan untuk wanita yang mesti ditandatangani oleh saudara lelaki. - Agensi/ DailyMail (Julai 2019)

Arab Saudi benar wanita miliki pasport tanpa izin saudara lelaki.

Wanita Arab Saudi kini boleh memohon pasport untuk ke luar negara tanpa izin penjaga lelaki . Foto EPA

RIYADH: Arab Saudi akan membenarkan wanita mendapatkan pasport untuk ke luar negara tanpa izin daripada penjaga lelaki atau mahram, kata kerajaan semalam.
Ia sekali gus mengakhiri sekatan ketat sejak sekian lama ke atas wanita yang sering dikritik hebat antarabangsa.
“Pasport akan diberikan kepada semua warga negara Arab Saudi yang membuat permohonan,” kata keputusan kerajaan yang diumumkan di media rasmi Umm Al Qura.
Akhbar pro kerajaan, Okaz dan beberapa media tempatan yang memetik sumber pegawai kanan kerajaan, melaporkan peraturan itu akan terpakai kepada wanita berumur lebih 21 tahun.
Sejak sekian lama, wanita di Arab Saudi perlu mendapatkan keizinan daripada mahram, iaitu suami, bapa dan saudara lelaki lain untuk berkahwin, memperbaharui pasport atau untuk ke luar negara.
Pejuang Hak Asasi Wanita juga sejak berdekad lalu berjuang menentang ‘sistem penjagaan’ yang seolah-olah meletakkan wanita sebagai individu bawah umur sepanjang hayat mereka.
Keputusan itu adalah sebahagian daripada gerakan reformis liberal pimpinan Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman, yang menyasar untuk mengubah negara ultra konservatif yang dikecam akibat layanan mereka terhadap wanita.
Bagi pengkritik, walau ia mengubah kehidupan ramai wanita, reformasi itu hanya sekadar bersifat kosmetik kepada sebahagian besar yang lain, kecuali kerajaan bertindak memansuhkan sistem ‘penjagaan’ itu. - AFP  (Ogos 2019)

Lihat Sebelum Ini..
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit... 
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...

Siri 4: Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
Siri 5: Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5). 

Siri 6: Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...

Siri 7Wanita Saudi (7). Kebebasan Keluar Negara..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails