Sunday, September 15, 2019

Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Suami/Mahram.


RIYADH: Wanita Arab Saudi kini dibenar memulakan perniagaan tanpa perlu meminta kebenaran suami atau mahram, dalam usaha kerajaan merancakkan lagi pembangunan sektor swasta.

Perubahan dasar yang diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Khamis lalu itu disifatkan sebagai satu langkah besar berbanding amalan sistem mahram ketat sejak berdekad lalu.

"Wanita kini boleh memulakan perniagaan mereka sendiri dan mendapat manfaat daripada e-perkhidmatan kerajaan tanpa perlu kebenaran daripada penjaga," kata kementerian perdagangan dan pelaburan di laman webnya.
Di bawah sistem mahram Arab Saudi, wanita dikehendaki mengemukakan bukti kebenaran daripada seorang lelaki 'penjaga', biasanya suami, bapa atau saudara lelaki untuk menyempurnakan sebarang dokumen kerajaan, perjalanan atau mendaftar di kelas.
Hasil carian imej untuk wanita berniaga dalam islam Muslimah berniaga di Kelantan..
Bergantung sekian lama kepada pengeluaran mentah sebagai sumber ekonomi, Arab Saudi sedang berusaha untuk mengembangkan sektor swasta negara, termasuk memperluaskan peluang pekerjaan kepada wanita di bawah pelan pembaharuan era pasca minyak.
Walaupun wanita masih berdepan pelbagai sekatan dalam kerajaan Muslim ultra konservatif itu, pejabat pendakwa raya Arab Saudi bulan ini berkata ia akan mula merekrut penyiasat wanita buat kali pertama.
Kerajaan juga membuka 140 jawatan untuk wanita di lapangan terbang dan lintasan sempadan, yang pertama seumpamanya dan menarik sehingga 107,000 permohonan. - AFP (Februari 2018)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails