Monday, September 16, 2019

Bagaimana 'Pengkid' Berubah? Kembali Gadis &Berkahwin,.


Ain (kiri) jelir lidah, pengkid. Dan Ain (kanan sekali) sebagai isteri.


SIAPA sangka daripada kecil berperwatakan ‘pengkid’, seorang gadis akhirnya terbuka pintu hati untuk berubah menjadi wanita cantik selepas bertemu lelaki yang kini sah menjadi suaminya.
Bagi Ain Nurhasmiza Hizamuddin, 21, persahabatan sehingga ke jinjang pelamin bersama Kamal Shahizad Sayran, 22, yang dikahwininya pada 25 Januari lalu ternyata menjadi penghijrahan terbesar dalam hidupnya.
Kisah ini dikongsikan sendiri Ain menerusi ciapan foto di Twitter miliknya, @aszhole_ yang mendapat lebih 11,000 perkongsian dan 16,000 tanda suka daripada warga net sejak dikongsikan, Rabu lalu.

Ain ketika dihubungi Harian Metro, berkata dia suka berpakaian seperti lelaki sejak dari zaman kanak-kanak.

“Tapi saya bukanlah lesbian dan masih lagi ’lurus’! Saya memang nampak 'boyish' sejak kecil, malah keluarga dan rakan memang sudah tidak boleh buat apa-apa.
“Cakaplah apa pun, saya tetap dengan pendirian dan selesa berpakaian seperti lelaki,” katanya.

Bagaimanapun, selepas bertemu dan mulai rapat dengan Kamal sekitar enam tahun lalu, gadis berasal dari Sungai Buloh, Selangor ini mula melakukan perubahan terhadap dirinya.
Ain berkata, setiap hari lelaki terbabit yang kini suaminya akan memuji dirinya akan lebih cantik kalau bertudung.

“Setiap hari dia akan cakap ‘lawa kalau kau pakai tudung, buanglah 'cap' (topi) kau sebab kau pakai tudung lagi okey’.
“Dia juga tidak pernah sekali menghakimi pemakaian saya walaupun ketika itu saya baru berjinak-jinak berpakaian seperti wanita tulen,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu berbeza jika melakukan perubahan di depan rakan kerana pasti akan menjadi bahan ketawa mereka.
Sejak daripada itu, Ain mengakui mula terfikir mungkin sudah tiba masanya untuk berubah, tambahan pula dia kasihankan suami yang sentiasa menjadi bahan jelingan pelik masyarakat setiap kali mereka berdua keluar bersama.
Malah, rakan suami juga sering menyindir seolah-olah seorang ‘pengkid’ tidak sesuai bercinta dengan lelaki.

“Saya tahu dia mahu saya berubah tapi (dia) tidak pernah memaksa. Alhamdulillah, saya dikelilingi insan yang sangat menyokong.
“Walaupun mereka masih menjadikan kami sebagai ‘bahan’, tapi saya tahu sikit sebanyak mereka gembira dengan perubahan ini,” katanya.

Ain mengakui sejak berubah, suaminya tidak pernah memuat naik kata-kata penghargaan di media sosial tapi jauh dalam sudut hati, pasti berbangga kerana berjaya mengubah isteri menjadi wanita sejati.
“Walaupun sekarang ini hari-hari dia ‘menghadap’ saya tetapi pujian dan teguran dia mencipta magis istimewa buat saya,” katanya. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu HasyimApa hukum wanita menyerupai lelaki (pengkid) atau lelaki menyerupai wanita (pondan atau maknyah)?

Sedikit Penjelasan..

1. Isu golongan wanita membawa imej lelaki dan lelaki membawa imej wanita telah lama diperkatakan. Jika suatu waktu dahulu, wanita yang berperwatakan lelaki ini digelar sebagai tomboy kerana membawa imej lelaki, kini muncul pula golongan yang dinamakan sebagai pengkid dengan imej, penampilan dan perwatakan lelaki.

Begitu juga penampilan golongan mak nyah dan pondan.. Fenomena ini semakin menular dan berleluasa malah telah menjadi satu fenomena global di seluruh dunia.

2. Pengkid merujuk kepada gadis yang mempunyai penampilan fizikal mirip lelaki seperti berambut pendek dengan mengenakan jeans dan t-shirt. Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat kelakian (kejantanan) pada golongan ini dengan imej macho sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang lelaki sejati. 

Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.

3. Pengkid agak berbeza dengan tomboy, kerana tomboy hanya menampilkan imej kelelakian daripada sudut fizikal atau luaran sahaja seperti memakai jeans, t-shirt, bertopi dan berambut pendek. Sedangkan daripada sudut naluri dan perasaan, mereka tetap sama seperti perempuan normal.

4. Pondan atau Mak Nyah pula merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan fizikal mirip perempuan seperti berambut panjang dengan mengenakan pakaian seperti seorang wanita . Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat keperempuanan pada golongan ini dengan imej lembut sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang wanita sejati. 

Pondan dan Mak Nyah cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan sesama lelaki yang berperawakan wanita kerana daripada segi perasaan. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.

Keputusan Fatwa Kerajaan Negeri Perak:

“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada hari ini 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.

Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

SUMBER: Oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak.

Wallahu 'aklam!

Lihat Sebelum Ini..
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit... 
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...

Siri 4: Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
Siri 5: Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5). 

Siri 6: Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails