Wednesday, September 18, 2019

Setuju PAS, Henti Jual Tanah Pada Kapitalis -Satail Majungkat (DHPP)



Henti jual tanah pada kapitalis - DHPP
DEWAN Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sabah hari ini menasihati penduduk Sabah khususnya masyarakat luar bandar supaya menghentikan kebiasaan menjual tanah pada golongan kapitalis.
Setelah sekian lama masyarakat dipergunakan oleh segolongan kapitalis yang mempunyai kuasa ekonomi dengan membeli tanah-tanah masyarakat luar bandar yang akhirnya menyebabkan survivalmasyarakat luar bandar semakin terancam.
Saya sangat setuju dengan cadangan Tuan Guru Presiden PAS semasa berucap pada Himpunan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak kelmarin supaya masyarakat berhati-hati terhadap segolongan masyarakat yang terus menerus mengumpulkan harta dengan menawarkan tawaran yang lumayan kepada penduduk luar bandar.
Sudah cukup banyak harta masyarakat tempatan yang tergadai dan terjual dengan mainan golongan kapitalis ini. Masyarakat tempatan Sabah kena sedar bahawa tanah adalah aset yang sangat penting untuk sosioekonomi masa depan.
Masyarakat Sabah harus berhati-hati dengan pujuk rayu golongan ini. Sudah sekian lama harta orang tempatan terjual. Sampai masanya perkara ini dihentikan demi untuk kepentingan masyarakat tempatan masa depan.
SATAIL MAJUNGKAT
Pengerusi
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sabah
17 September 2019 - HARAKAHDAILY 17/9/2019
Hasil carian imej untuk kapitalis

Lihat rumah ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails