Gareth Thomas, 45, yang merupakan bekas pemain kebangsaan negaranya selain menjadi ketua pasukan kelab British Irish Lions berkata, dia mula mengetahui positif HIV pada 2018 selepas mula menjadi lelaki gay pada 2009.

“Apabila kali pertama saya mengetahui positif HIV dan akan hidup selama-lama dengannya, apa yang terlintas di fikiran saya adalah bahawa saya akan terus mati. Saya tidak salahkan sesiapa kerana kurang pengetahuan tentangnya.
“Ia adalah satu perkara asing ketika era 80-an dahulu kerana orang tidak membincangkannya secara terbuka berikutan tidak banyak maklumat tentang HIV pada masa itu,” tegasnya kepada BBC.

Beliau turut mendedahkan, keadaan itu menyebabkan kehidupan sehariannya terjejas walaupun kesannya tidak begitu besar di mana setiap hari dia terpaksa memakan ubat dan kerap ke hospital untuk menjalani ujian darah secara berkala setiap enam bulan.
Sebagai rekod, Thomas mula mewakili Wales pada 1995 dan telah membuat 100 penampilan di peringkat antarabangsa selain pernah tiga kali beraksi untuk Lions pada 2005. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimPemain gay ragbi Wales dilaporkan positif HIV. Maka kerana itulah perlunya kegiatan sukan dikawal mengikut syariah atau peraturan agama masing-masing. Kerana tiap agama membawa keselamatan untuk penganutnya. 

Cuma makna syariah itu tidak boleh dilihat dari sudut yang sempit. Sukan dunia perlu melihat apa yang sedang cuba dilakukan oleh dua buah kerajaan umat Islam di Malaysia, yang meletakkan kegiatan dan peraturan syariat agamanya menguasai dalam kehidupan harian rakyat.. Sukan Patuh Syariat.

Wallahu 'aklam.

Lihat Sebelum Ini..
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit... 
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...

Siri 4: Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
Siri 5: Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5). 

Siri 6: Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...