Monday, September 23, 2019

Hebatnya PAS, K'tan Lebih Baik Dari Saudi (12) Konsert Mariah Carey Di Saudi...


HALAMAN HIBURAN

KALAU terdengar nama Mariah Carey mesti akan teringat lagu-lagu hits dia seperti “Honey“, “We Belong Together” dan “Hero“. Orang juga mungkin membayangkan seorang penyanyi yang mempunyai kebolehan vokal yang power pada masa yang sama berpakaian seksi.

Tapi tak terbayang pula penyanyi berumur 48 tahun ni boleh buat persembahan di Arab Saudi. Terbayang atau tidak, itulah yang berlaku pada 31 Januari lalu apabila dia menjadi artis antarabangsa wanita pertama dalam sejarah Arab Saudi untuk membuat persembahan konsert yang diadakan hanya dua jam dari kota Mekah, tempat ibadat khusus umat Islam sedunia.

Ini boleh dikatakan sebagai sebuah peristiwa bersejarah bagi Arab Saudi, kononnya amat terkenal sebagai sebuah negara 'konservatif', yang masih mengamalkan pengasingan jantina dalam pelbagai perkara termasuk polisi-polisi kerajaan.

Dituduh lagi, badan-badan NGO dan aktivis telah mengecam Mariah Carey kerana bersetuju untuk membuat persembahan tu. Mereka anggap Mariah mengabaikan semua salahlaku Arab Saudi terutamanya dalam hal-hal pencabulan hak asasi manusia.

Menurut para aktivis wanita dan pendokong hak asasi manusia yang diperalatkan musuh Islam, konsert yang dianjurkan tu adalah untuk menutup segala salahlaku Kerajaan Saudi. Atau untuk mengalih perhatian orang ramai terhadap kekejaman yang berlaku di Yaman serta penangkapan aktivis dan pembangkang oleh Kerajaan Saudi. 

Contohnya seperti feminis Saudi Loujain al-Hathloul yang telah ditangkap sejak Mei 2018 dan penulis Jamal Khashoggi yang telah dibunuh  di Kedutaan Saudi di Turki pada bulan Oktober tahun lepas. 

Bagi pihak Carey pula, ejen dia mengatakan dia menerima tawaran itu membuat persembahan itu kerana ia satu langkah positif dalam usaha menghapuskan pengasingan jantina dan menggalakkan kesaksamaan untuk semua. 


Terdedahlah niat jahatnya.


Di Arab Saudi, pada malam tu, Mariah Carey memakai baju sequin panjang dan kelihatan bersederhana dengan menyanyikan 13 lagu sepanjang konsert, sambil menghormati budaya dan ketetapan yang diberikan oleh Kerajaan Saudi, katanya. Namun dari segi hukum dan perundangan Islam, hal itu tetap terlarang.

Hasil carian imej untuk konsert mariah Care di Mekah
Hasil carian imej untuk konsert mariah Care di Mekah
Hasil carian imej untuk konsert mariah Care di Mekah
Perubahan positif di Arab Saudi?

Tidak. Bukan semuanya positif. Satu ketika dulu Arab Saudi mengharamkan wanita daripada memandu, mewajibkan setiap wanita ditemani mahram ke mana sahaja, dan mesti mendapatkan kebenaran ahli keluarga lelaki untuk membuat passport atau ke luar negara. Sesuai dengan perkembangan masa, ada positif dan ada yang tidak. 

Kini, Saudi membenarkan wanita mengundi, membenarkan wanita memasuki stadium atau menyertai pertandingan sukan yang sesuai. Tetapi, mengenai hiburan liar ini, tidak ada yang positif. Apa lagi Carey merupakan artis 'tidak sopan' dari sudut semua agama. Melonggarkan sekatan ke atas perkara seperti hiburan dan muzik begitu amat tidak wajar.

Dari sudut ini, ramai pencinta-pecinta Islam melihat perkembangan Islam yang sedang berlaku di Kelantan Malaysia adalah lebih baik dari Saudi. Sepatutnya Kerajaan Pusat di Putrajaya patut mencontohi Kelantan.

Begitu hebatnya PAS, Al-hamdulillah!

Hasil carian imej untuk helikopter pas
Hasil carian imej untuk helikopter pas
Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)


Lihat Sebelum Ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails