Saturday, September 28, 2019

Lombong Bijih Haram Pula Wujud Sejak PH Mentadbir...


Macam tanah sendiri


KEGIATAN sebuah syarikat perlombongan menjalankan aktiviti melombong bijih besi secara haram di Hutan Simpan Ibam, Muadzam Shah sejak beberapa bulan lalu terbongkar apabila lombong itu diserbu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) kelmarin.
Operasi Lombong Bersepadu selama dua hari berakhir semalam, turut menahan seorang lelaki berusia 50 tahun yang dipercayai pengurus syarikat terbabit.
Pengarah JPNP Datuk Hizamri Mohd Yasin berkata, pihaknya turut merampas dan menyita 11 jentera pelbagai guna milik syarikat itu.
“Lombong haram ini terletak 15 kilometer (km) dari Ibam dengan melalui jalan tanah merah. Ketika serbuan, aktiviti mengorek batu bukit rancak dijalankan.
“Sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa, pekerja syarikat itu melarikan ke hutan,” katanya.
Menurut beliau, antara jentera berat yang disita adalah dua mesin pengisar batu, empat lori pengangkut dan lima jengkaut.
Beliau berkata, operasi disertai 78 penguat kuasa JPNP Pahang, Pejabat Hutan Daerah Rompin, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Mekanikal Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang.
“Operasi dijalankan bagi mengesan dan membendung kegiatan perlombongan bijih besi tanpa lesen dalam kawasan Hutan Simpan Ibam.
“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam melakukan aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan, tindakan sewajarnya akan diambil mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.
“Hanya dengan operasi bersepadu sahaja kita dapat melumpuhkan semua aktiviti perlombongan biji besi 
di daerah ini, malah operasi sama sebelum ini dilakukan di Raub dan Lipis membabitkan perlombongan emas secara haram,” katanya. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu HasyimAktiviti melombong bijih besi haram di Hutan Simpan Ibam, Muadzam Shah berlaku  beberapa bulan lalu, sejak PH mentadbir. Bongkar terus, jangan biarkan negara jadi rosak kerana pentadbran yang lemah!

Belum dapat kerajaan semua boleh, dah dapat semua tak boleh (lemah)!


Hibur Hibur Sikit..

Iwan Fals - Bongkar (1989)

Ali Baba Bujang Lapok( lagu penyamun)

Yahabibi Ya Ali Baba (P. Ramlee)



Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails