Sunday, September 22, 2019

Filem: Terlalu Banyak Adegan Lucah, Perlu Ditapis Ikut Syariah.


HALAMAN HIBURAN


'Terlalu banyak adegan lucah'
MALAYSIA mengharamkan filem lakonan Jennifer Lopez, ‘Hustlers’ kerana mengandungi banyak adegan menjolok mata yang tidak sesuai untuk rakyat negara ini.
Filem itu mengisahkan penari bogel di New York menjadi ahli perniagaan kaya ketika krisis kewangan.
Filem berdasarkan kisah benar itu menampilkan sekumpulan wanita menggunakan taktik jenayah termasuk menyebabkan lelaki mabuk sebelum mencuri wang dalam akaun bank mangsa berikutan kejatuhan pasaran saham menyebabkan pendapatan kelab bogel terjejas.
Menurut Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia yang mengharamkan filem berkenaan ditayangkan di pawagam, terlalu banyak adegan tidak sesuai terutama berunsur lucah dan terpaksa dipotong.

“Filem ini mengandungi terlalu banyak adegan lucah yang tidak sesuai untuk tontonan awam.
“Ia menampilkan payu dara wanita dan alat sulit lelaki selain tarian erotik keterlaluan serta penggunaan dadah,” kata Pengerusi LPF Malaysia, Mohamad Zamberi Abdul Aziz kepada AFP.
Pengedar filem berkenaan di Malaysia, Square Box Pictures mengesahkan pengharaman itu melalui akaun Instagram mereka.
Hustlers dijadual ditayangkan di Malaysia pada Khamis depan. (MyMetro)
Hasil carian imej untuk lucah ikut syariah
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Betul, Malaysia tidak perlu dibiarkan berleluasa tayangan filem-filem adegan bogel. Perlu dikawal sungguh-sungguh. Sepatutnya diberi kuasa sepenuhnya kepada pihak agama atau Mufti mengawalnya, supaya perkembangannya sejajar dengan halal-haram dalam Agama Islam. 

Kalau hiburan, sukan, makanan dan lain-lain sudah di hala ke arah 'mengikut syariah, maka tidak ada salahnya filem-filem yang beredar di Malaysia juga perlu ditapis mengikut syariah. Bukan semata-mata mengikut seni dan budaya, tetapi haram dari sudut agama dan ketamadunan.


Lihat rumah ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

2 comments:

I said...

Kenapa nk pening kepala... tak payah luluskan untuk tayangan.... dah kalau lucah melampau dan langgar peraturan negata kita...

Anonymous said...

bab filem tak usah bergaduh, pemimpin Islam pun kelaku macam kafir laknat...suka putar belit, rasuah, memakihamun, mencerca, makan dedak...apakah ini nilai Islam? Tak usah cakap bab filem. kita lihat yang "real" , sebelum PRU14 PAS kata "tidak mungkin" mereka bersama UMNO. sekarang apa dah jadi....?
Yang bengong dan bertambah bangan adalah orang yang memuji PAS.
PAS tidak mempunyai akhlak Islam.
Penyokong PAS umpama anai-anai yang suka benda reput!


(Atas Pagar Surau)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails