Friday, September 27, 2019

Jom Bersama Bangunkan Ekonomi Muslim, Besok!




KL: Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat menganjurkan Konvensyen Usahawan Haraki 2.0 yang akan diadakan di Duyong Marina and Resort, di sini pada esok, 28 September.
Majlis akan disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja.
Konvensyen Usahawan Haraki 2.0 yang mensasarkan usahawan ahli PAS daripada seluruh Malaysia adalah kesinambungan Konvensyen Usahawan Haraki kali pertama di Hotel Everly Putrajaya pada tahun 2016.
Pada sesi ini akan dijalin, diperkasa serta dipertemukan usahawan-usahawan baru dan yang telah berjaya, selain bengkel dan pembentangan juga akan turut menjadi pengisian sepanjang Konvensyen.
Program ini akan menampilkan usahawan peruncitan berjaya daripada negeri Terengganu iaitu Sabasun Hyper Runcit Sdn Bhd yang telah berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini.
Turut akan hadir menyempurnakan Majlis Penutup, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Azman bin Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa.
Pengerusi Lajnah Ekonomi Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyeru para usahawan Muslim kecil dan besar di kalangan ahli PAS untuk hadir beramai-ramai.
Pendaftaran terbuka kepada semua usahawan ahli PAS dengan bayaran komitmen sebanyak RM 55 dan boleh daftar terus menerusi urusetia program 010-3854435 atau daftar secara onlinehttps://www.billplz.com/haraki20. - HARAKAHDAILY 27/9/2019

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails