Saturday, September 28, 2019

Guan Eng: Tangkap Pembunuh Adib, Tapi Pembangkang Putar-belit Perkauman?

Hasil carian imej untuk Muhammad Adib
Hasil carian imej untuk guan eng
Individu sebabkan Muhammad Adib terbunuh perlu ditangkap secepat mungkin
GEORGETOWN: Kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim harus mendapat pembelaan sewajarnya, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Koroner semalam, beliau berkata individu yang terbabit dalam kejadian hingga menyebabkan Muhammad Adib terbunuh itu perlu ditangkap dan didakwa secepat mungkin.
“Semua pihak harus menghormati keputsan Mahkamah Koroner semalam.
“Saya harap keadilan dapat ditegakkan buat keluarga Adib dengan mencari mereka yang membunuh Adib dan membawanya ke muka pengadilan,” katanya ringkas.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan tiga perkhidmatan baru bagi rawatan kanser di Mount Miriam Cancer Hospital, Tanjung Bungah di sini, hari ini.
Semalam, Koroner Rofiah Mohamad yang mengetuai inkues Adib memutuskan kematiannya selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kecederaan akibat serangan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November lalu, berpunca daripada perbuatan jenayah individu yang bertindak ganas dan berniat jahat terhadap mangsa.
Susulan keputusan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, polis akan menyemak semula siasatan kes itu dan mengesan pihak bertanggungjawab terhadap kematian Adib, termasuk empat lelaki yang ditahan sebelum ini.
Pada perkembangan berlainan, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut kesal dengan perbuatan sesetengah pihak terutama parti pembangkang yang didakwa memutar-belitkan kes amuk pekerja sebuah kilang di Bayan Lepas, Isnin lalu, dengan menjadikannya sebagai isu perkauman.
Katanya, perbuatan itu dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan polis digesa mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba mewujudkan suasana tidak harmoni serta menggugat ketenteraman awam. (BH)
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

2 comments:

Anonymous said...

Tangkap juga yang bawa masuk pendatang cina dan hongkong yg lansung tak reti bahasa melayu tapi dapat kerakyatan.

megat panjialam said...

Guan Eng tak habis2 nak tuduh pembangkang main isu perkauman sedangkan DAP adalah parti perkauman

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails