Monday, September 27, 2010

Komik: Wira Super Muslim?

HALAMAN HIBURAN


Lakaran artis menunjukkan wira super Muslim yang duduk di atas kerusi roda tetapi mempunyai kuasa ajaib

NEW YORK - Peminat-peminat komik akan dapat membeli sebuah buku komik, Sliver Scorpion yang menampilkan seorang wira super Muslim yang duduk di atas kerusi roda tetapi mempunyai kuasa ajaib.

Seorang dermawan dan ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS), Jay T, Snyder menyatakan dia mendapat ilham daripada usaha Presiden AS, Barack Obama untuk mendekati dunia Islam yang dinyatakan menerusi ucapan pelantikannya sebagai pemimpin pada Januari tahun lalu untuk menerbitkan komik berkenaan.

Pada bulan lalu, Snyder membawa 12 rakyat AS yang yang cacat untuk menemui sekumpulan pemuda Syria yang mengalami nasib sama di Damsyik.

Salah satu daripada matlamat utama golongan tersebut bertemu adalah untuk melahirkan idea dan cerita mengenai wira super itu.

"Halangan utama adalah imaginasi yang dimiliki oleh kanak-kanak itu iaitu peluang untuk menghasilkan cerita yang hebat," kata Snyder.

Snyder merupakan seorang pengumpul buku komik dan dia mengetuai pertubuhan bukan kerajaan, HBJ Investments LLC. - AP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails