Friday, October 01, 2010

Galas: Ku Li Lwn Nik Aziz -Dr P. Sivamurugan

Pertempuran Personaliti Ku Li & Nik Aziz Di Galas

KL 1 OKT 10: Keputusan pucuk pimpinan Nasional (BN) memilih pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya parti bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan datang dialu-alukan oleh parti komponen BN dan penganalsis politik.

Mereka yakin personaliti utuh anggota Parlimen Gua Musang itu akan menjadi faktor utama yang dapat membantu BN merampas semula kerusi DUN Galas, berdasarkan rekod baik dan pengaruh beliau di kawasan itu.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Dr P. Sivamurugan berkata bagi memenangi semula sokongan kepada BN di Galas, tiga puak dalam Umno Kelantan perlu memberikan sokongan padu kepada Tengku Razaleigh.

"Mereka perlu menggunakan strategi Manik Urai, iaitu hanya ada satu pasukan," katanya semasa dihubungi pada Khamis.

Sivamurugan berkata walaupun Tengku Razaleigh mendapat sokongan padu daripada partinya di Gua Musang, beliau masih perlukan sokongan pemimpin Umno negeri seperti pengerusi badan perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed, bekas pengerusinya Tan Sri Annuar Musa dan timbalan pengerusi sekarang Datuk Dr Awang Adek Hussein untuk membantu beliau sebagai pengarah pilihan raya.

"Jika mereka ini tidak memberikan sokongan padu kepadanya, dengan itu agak sukar bagi Tengku Razaleigh walaupun beliau merupakan ikon di kawasan itu," katanya.

Tengku Razaleigh menjadi Adun bagi Hulu Kelantan Barat pada 1969 dan kemudiannya anggota Parlimen Hulu Kelantan sejak 1974. Hulu Kelantan kemudiannya diubah nama kepada Gua Musang pada pilihan raya umum 1986.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS akibat barah usus pada 27 Sept.Dalam pilihan raya umum 2008, beliau memperoleh 4,399 undi, menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari BN dengan majoriti 646 undi.

Selain memilih Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya, pucuk pimpinan BN juga berkata mereka akan memilih calon setempat untuk bertanding di kerusi itu.

"Dalam pilihan raya umum lepas, jumlah yang mengundi di kerusi ini agak tinggi, kira-kira 80 peratus ekoran kedua-dua pihak meletakkan calon setempat berwibawa. Bagaimanapun, satu-satunya masalah yang perlu ditangani BN ialah mengenai kemerosotan sokongan di kalangan bukan Melayu," kata Sivamurugan.

Hakikatnya, katanya kegagalan BN mengekalkan kerusi itu pada 2008; pertama kali mereka tewas, adalah disebabkan kemerosotan sokongan daripada pengundi Cina kerana undi Melayu terbahagi antara Umno dan PAS.

Menurut senarai daftar pemilih yang lepas, terdapat 10,330 pengundi di kawasan itu, 65.4 peratus Melayu, 22.3 peratus Cina, 10.5 peratus Orang Asli dan 1.8 peratus India. Kebanyakan masyarakat Cina tinggal di pekan Gua Musang.

"Kaum Cina pasti akan terpengaruh dengan pilihan raya kecil ini. Oleh itu, strategi BN perlu menumpukan mengenai bagaimana mereka memenangi pilihan raya kecil Bagan Pinang, iaitu kerana faktor calon dan bukannya faktor parti," katanya.

Bagaimanapun, Pengerusi Gerakan Kelantan Datuk Ng Chiang Chin berkata kemerosotan sokongan kaum Cina kepada BN di kawasan itu tidak boleh dipersalahkan bagi keputusan pilihan raya umum di kawasan itu.

"Dalam pilihan raya umum lepas, keadaan agak huru-hara. Sebab itu kita menyaksikan penurunan sokongan kaum Cina. Bagaimanapun, dalam pilihan raya kecil kelak, dengan jentera yang lebih tersusun dan lebih bersedia, kita mempunyai peluang lebih baik," katanya.

Walaupun Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya kecil itu, masih merupakan pertandingan yang sukar bagi BN ekoran beberapa isu.

Seperti ditegaskan oleh Sivamurugan, isu utama ialah royalti minyak untuk Kelantan.

"PAS pasti akan memainkan isu bagaimana Tengku Razaleigh menyokong kerajaan negeri pimpinan PAS itu dalam tuntutan bagi royalti minyak.

"Sebab itu kenapa dalam pilihan raya kecil ini, kita bakal menyaksikan pertempuran personaliti antara Tengku Razaleigh dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik (Abdul) Aziz Nik Mat," katanya. -BERNAMA

---------------------------------
Sila layari dan ikuti PRK Galas dari awal ...

E-Buku IH-14: P/Kecil DUN Galas

Antara kandungan:

Bab 1

Bab 2
Insya Allah liputannya bersambung hingga selesai pilihan raya kecil ini.
----------------------------------

3 comments:

Anonymous said...

1978 merupakan tahun keramat kepada Ku Li kerana berjaya merampas Kelantan dari PAS. Sesuatu yang mustahil bagi UMNO pada tahun 60an sehingga krisis Nasir-Asri.
Kini, Mahyudin mahu memastikan paku terakhir pada keranda politik Ku Li kali ini benar-benar kukuh dan tidak mungkin tertanggal lagi.
Senario politik Kelantan tahun 2010 ini lebih kompleks.
Tok Pa dan Awang Adek telah menanam diri mereka sendiri dalam politik Melayu Kelantan apabila menentang bayaran royalti kepada Kelantan. tetapi orang Melayu Kelantan ada harga diri dan tak mungkin diperkotak katikkan.
Satu masa dulu Ku Li dan Nik Aziz adalah rakan kongsi menjatuhkan UMNO Mahathir. Tapi kalangan bekas UMNO tidak selesa dengan kaedah zuhud Nik Aziz. Mereka mahu kembali kepada gaya hidup berpoya-poya UMNO. Kerana ini S46 mesti dibubarkan. Mahathir gunakan situasi ini untuk menghancurkan terus karier politik Ku LI. Orang no 2 S46 diberi jawatan penting kabinet sambil mengenepikan terus Ku Li. Ku Li seperti melukut di tepi gantang. Ku Li diumpan agar menjatuhkan PAS. Percubaan yang hampir berjaya setelah Pak Lah naik tetapi merudum kemudiannya.
Tok Pa sendiri selepas menjadi penyokong setia mantan PM mengguna ruang untuk mengembangkan karier politiknya.Beliau hampir berjaya menjadi Menteri Besar Kelantan. Dalam situasi Ku Li cuba ditanam hidup-hidup dalam politik Kelantan, Tok Pa membuat banyak kesilapan besar.Sebagai Menteri Pengajian Tinggi, beliau melambatkan pembinaan universiti di Kelantan. Sebaliknya 2 buah universiti telah terbentuk di Terengganu. Negeri sekangkang kera Perls dan Melaka pun mempunyai universiti sendiri. Sebagai orang bijak dalam ekonomi, beliau gagal merealisasikan apa yang dipelajari di Australia dulu. Mana fakulti perubatan dan dental UMK? Terengganu sudah ada sendiri.sepatutnya memindah keluar Fakulti Perubatan USM dari bumi Kelantan dan menggunakan segala infra yang wujud di Kubang Kerian untuk Universiti Malaysia Kelantan.
Sebaliknya lebih sibuk untuk menonjolkan Jeli yang masyarakat Kelantan belum bersedia untuk tahap ini.
Masyarakat Kelantan tidak kisah di mana kampus UMK ini wujud. Yang penting anak-anak Kelantan tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta Johor Baru untuk menjadi seorang profesional.
Kini Kelantan hanya ada fakulti Ternak Lembu.
Adakah ini selayaknya untuk anak Kelantan?
Kemudian beliau bersama Awang Adek menentang keras pembayaran royalti kepada kerajaan Kelantan. Ini bererti belpau tidak suka Sultan Kelantan mendapat sebahagian dari bayaran ini.
Adakah dia tidak sedar ini beliau sendiri anak Kelantan dan bernaung dibawah Sultan Kelantan?
Bagaimana dia boleh berdepan dengan Sultan Kelantan dalam pada masa yang sama bertindak menafikan bayaran kepada Istana Kelantan sendiri?
Tindakan Tok Pa dan Awang Adek ini seperti melawan Tokeh.
Karier politik mereka sedang meuju ke penutup.
Mahyudin mahu Ku Li ranap terus agar tidak mengganggu beliau untuk naik menggantikan Najib tahun depan selepas UMNO tewas besar tahun depan. Najib juga akan disingkirkan dari PWTC sebagaimana Pak Lah pada tahun 2009.
Dengan melagakan Ku Li dan Nik Aziz di Galas Mahyudin rasa beliau telah bertindak bijak.
Tetapi Mahyudin bukan anak Kelantan.Bininya juga bukan anak Kelantan. Bisan Mahyudin dari Kelantan?Yang pasti Nik Aziz dan Ku Li sudah kenal lama. Sebelum Mahyudin kenal Anwar. Sebelum Mahathir diterima masuk UMNO oleh Tun Razak.
Yang pasti apa juga yang akan terjadi di Galas tidak boleh memberi gambaran karier politik mereka berdua. Ku Li sedar kesilapan menangkan Mahathir tahun 1978.Dia telah lalui dengan orang no 2 dalam S46.Dia juga kenal siapa kawan sebenar di Kelantan sendiri.
Orang-orang yang telah diangkat Ku Li dan menikamnya kemudian.
Galas tidak memberi apa-apa makna kepada geopolitik Kelantan 2011.
Cuma penduduk Galas bakal menjadi orang kaya sebentar bila puluhan atau ratusan ribu pelancong politik Oktober 2010.
Tapi apa juga bantuan yang diberi sila ambil dan mintak lagi dari Putrajaya. Memang hak rakyat Kelantan yang dirampas Mahathir dan kuncunya.

Ibnu Hasyim said...

Al-hamdulillah, komen yang baik.

Anonymous said...

Persoalan sebenar
1. Adakah U Malaysia Kelantan akan mendapat Fakulti Perubatan?
2. Adakah lebuhraya baru 3 lorong akan siap antara KB dan Gerik dan K Tganu sebelum akhir tahun ini?
3. Adakah Kelantan akan dibayar tunggakan royalti semenjak 1990?
4. Adakah mak saudara Sultan Muhamad V yang juga adik ipar Ku Li akan menjadi modal kempen UMNO?
5. Adakah Kelantan akan mendapat landasan berkembar KTMB antara Tumpat dan Gemas?
6. Adakah Petronas akan membina kilang penapis minyak di Bachok?
7. Adakah semua anak Kelantan akan dikecualikan dari bayaran PTPTN?
8. Adakah Najib akan menjanjikan Sultan Kelantan sebagai pengganti Sultan Mizan dari Terengganu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails